Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga lelaki dikelar di tempat meletak kereta MBS

Nov 04, 2019 | 11:57 AM



TIGA lelaki tercedera teruk oleh seorang penyerang yang dipercayai menggunakan pedang di tempat meletak kereta Marina Bay Sands (MBS) Ahad lalu (27 Oktober).



Tiga mangsa itu mengalami kecederaan termasuk tulang patah dan luka yang mendalam. Salah satu daripada mereka hampir terputus telinga.



Salah satu daripada mereka, yang hanya ingin dikenali sebagai Eugene, 25 tahun, memberitahu The Straits Times (ST) pada Sabtu (2 November) bahawa beliau bersama tujuh rakan lain sedang dalam perjalanan ke rumah pada 6 pagi setelah parti Halloween di kelab malam Marquee apabila diserang.



Apabila di tingkat bawah tempat meletak kereta MBS, seorang lelaki berpakaian kot doktor dipercayai menyerangnya, kata Eugene.



“Pada mulanya saya fikirkan ia sebahagian daripada kegiatan Halloween,” katanya sambil berkata bahawa pisau yang digunakan seperti pedang pendek. Hentakan begitu kuat sekali sehinggakan tulang di kedua-dua kakinya patah.



Wei, 34 tahun, ingin melindungi rakannya tapi beliau juga dikelar.



Seorang lagi rakan yang merakam kejadian itu dipukul oleh seorang lagi penyerang dan mengalami lebam dan terseliuh, kata Eugene.



Dalam satu kenyataan, polis berkata tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Singapura. Polis kemudian memberkas tiga lelaki berusia 22 dan 24, berkaitan dengan kes ini.



Mereka ditahan dan akan tiba di mahkamah pada 6 November.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >