Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga lelaki ditangkap, diberi amaran, sejak Ogos kerana terbangkan pesawat tanpa pemandu di kawasan larangan, ‘acara khas’

Oct 06, 2018 | 03:30 PM



Tiga lelaki ditangkap dan diberikan amaran keras kerana menerbangkan pesawat tanpa pemandu di kawasan larangan dan kawasan ‘acara khas’, kata polis dalam kenyataannya pada Sabtu (6 Oktober).



Menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pesawat tanpa pemandu itu juga dikenali sebagai dron dan dikendalikan tanpa juruterbang di dalamnya.



Dalam kes pertama yang berlaku pada 7 Ogos tahun ini, sebuah pesawat tanpa pemandu merempuh bangunan di North Bridge Road - kawasan larangan - dan polis diberitahu tentang kejadian itu. Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap.



Semasa perayaan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos tahun ini, dua lagi lelaki berusia 32 dengan 49 tahun ditangkap kerana memiliki dan mengendalikan pesawat tanpa pemandu di  sebuah ‘kawasan acara khas’, di perkarangan Bendungan Marina dan Singapore Flyer.



Polis telah melengkapkan siasatan bagi semua tiga kes dan memberikan amaran keras kepada ketiga-tiga lelaki itu.



“Menerbangkan pesawat tanpa pemandu di kawasan acara khas boleh mengancam keselamatan awam dan keselamatan secara am, kerana ramai orang dijangka berada di kawasan itu. Menerbangkan pesawat tanpa pemandu berhampiran kawasan bunga api dilepaskan adalah amat merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan ke atas pihak awam yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api,” kata polis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >