Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LUAR NEGARA

Tiga maut, 12 dilapor hilang susuli letupan pangsapuri di utara Perancis

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Tiga orang dilaporkan maut, manakala sekurang-kurangnya 12 penduduk dilaporkan hilang susulan letupan yang memusnahkan pangsapuri tiga tingkat di Pulau Jersey, di luar pantai utara Perancis kelmarin.



Ketua Menteri, Cik Kristina Moore, yang mengesahkan perkembangan terbaru semalam berhubung kejadian yang disyaki berpunca akibat kebocoran gas di pelabuhan Pulau Channel, St Helier, kira-kira 4 pagi waktu setempat.



Rakaman kamera keselamatan menunjukkan api menyelubungi bangunan di tepi teluk itu, diikuti asap tebal.



"Susulan letupan di Haut du Mont, beberapa penduduk di Pier Road masih hilang.



"Perkhidmatan kecemasan sudah memulakan pencarian di tapak kejadian," kata Polis Jersey dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter.



Penduduk berhampiran, Encik Anthony Abbott, berkata tingkap rumahnya pecah akibat gelombang letupan, selain terasa bahang api yang marak di luar.



"Ia sangat menyedihkan. Saya agak terkejut, tetapi kami bernasib baik kerana kami OK," katanya kepada BBC.



Pembekal gas Jersey, Island Energy, berkata pihaknya bekerjasama dengan perkhidmatan bomba bagi mengenal pasti punca kejadian.



Api sudah dipadamkan tetapi perkhidmatan kecemasan sedang menjalankan kerja-kerja penting lain di lokasi kejadian, dan operasi menyelamat mungkin mengambil masa beberapa hari, kata polis.



Ketua Polis Jersey, Encik Robin Smith, berkata pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian, selepas penduduk melaporkan terhidu gas.



"Bangunan tiga tingkat runtuh sepenuhnya, seolah-olah lempeng. Terdapat juga kerosakan pada bangunan berhampiran, satu lagi blok rumah pangsa perlu diselamatkan bomba. Ia sangat dahsyat dan saya bersimpati," katanya.



Jersey ialah wilayah tanggungan mahkota Britain, iaitu bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain.



Namun, wilayah itu tidak membentuk sebahagian daripada United Kingdom dan wilayah luar negera. Dengan itu, Jersey mempunyai sistem kewangan dan undang-undangnya sendiri dengan 100,000 pemastautin.



Terdahulu, polis mengatakan pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap kejadian yang membabitkan hartanah kediaman. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >