Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga orang didenda $28,500 kerana jual pengewap seperti e-rokok

Jul 13, 2016 | 03:19 PM



DUA lelaki dan seorang wanita didenda sejumlah $28,500 kerana menjual pengewap seperti rokok elektronik, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (13 Julai).



Tiga orang itu didapati bersalah antara Mei dan Julai tahun ini.



Charles Ng Teng Pei, 27 tahun, didenda $7,500; Koh Wei Hong, 29 tahun, $ 6,500; dan Teo Yi Lin, 23 tahun, $4,500.



Mereka membeli pengewap itu daripada pembekal luar negara dan menjualnya secara haram di media sosial dan platform e-dagang di Singapura.



Siasatan mendedahkan merekamenjual pengewap kepada 23 pembeli, kata HSA.



Koh juga mengaku menjual produk itu kepada dua pelajar berusia 16 tahun.



Pengewap bernilai kira-kira $10,000 dirampas dari rumah tiga orang itu.



Sejak 2011, HSA telah mendakwa 13 orang kerana menjual pengewap, dengan hukuman paling keras yang dikenakan setakat ini ialah denda $64,500.



Mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk jualan apa sahaja yang direka untuk menyerupai produk tembakau adalah salah, kata HSA.



Ini termasuk pengewap seperti e-rokok, e-paip, e-cerut dan produk serupa.



Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan menjual boleh didenda hingga $5,000 bagi kesalahan pertama dan hingga $10,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya.



Sembarang pengewap yang diimport akan disita dan dirampas.



HSA mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau membawa pengewap masuk ke Singapura.



Walaupun pengilang mendakwa sebaliknya, tidak ada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan keberkesanan pengewap dalam membantu perokok berhenti menggunakan tembakau, kata HSA.



Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan dan HSA bimbang e-rokok berpotensi menjadi permulaan tabiat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >