Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Setempat

Tiga orang digegaskan ke hospital setelah rumah teres di Bedok terbakar

Dec 10, 2019 | 05:50 PM

TIGA orang telah dikejarkan ke hospital setelah satu kebakaran berlaku di Bedok kelmarin.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata tiga penduduk - dua wanita dan seorang lelaki - telah dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana disyaki menghidu asap.

SCDF dimaklumkan tentang kejadian di 7 Peakville Terrace itu pada 3.05 petang dan ahli bomba dikerahkan untuk memadam api di tingkat atas rumah tiga tingkat itu.

Mereka menggunakan satu jet air.

Difahamkan tiga individu itu merupakan suami isteri yang berusia antara 50-an dengan 60-an tahun, serta anak perempuan mereka yang berusia 20-an tahun, lapor The Straits Times.

SCDF sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian