Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'CLIMBATHON' SEMPENA DANA AMANAH PENDIDIKAN (ETF)

Tiga pelajar ghairah, bersemangat jelang pendakian

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



DARI bangku sekolah ke puncak gunung.



Bagi para pelajar ini - Sofi Sofiyah Rahmat, Mohammad Rizq Andhika Radin Mohammad Nizam dan Daing Izz Isyraf Daing Zahid - itulah yang bakal ditempuhi dua minggu dari sekarang.



Kasut sekolah digantikan dengan but trekking, beg sekolah pula diketepikan untuk menggalas haversack kalis air, seragam sekolah digantung selama empat hari sementara yang disarung merupakan jaket berlapis agar tidak kesejukan pada ketinggian 3,143 meter di atas paras laut.



Meskipun tidak pernah mendaki gunung sebelum ini, cabaran untuk mendaki Gunung Fansipan, puncak tertinggi di Indochina, diterima dengan tangan terbuka oleh ketiga-tiga pelajar tersebut.



Pendakian ke Gunung Fansipan yang terletak di Vietnam itu merupakan acara kemuncak 'Climbathon' yang diadakan sempena mengumpul dana bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF).



Lebih $50,000 diharap dapat dikumpul untuk membantu para pelajar Melayu/ Islam daripada keluarga kurang berkemampuan bagi keperluan pendidikan mereka.



Jumlah itu merupakan angka langkah sebenar yang perlu diambil untuk sampai ke puncak gunung tersebut.



Bagi Sofi, 14 tahun, pendakian itu lebih bermakna kerana dia sendiri merupakan penerima bantuan ETF.



Ditemui Berita Harian baru-baru ini, anak kelima daripada keluarga enam beradik itu berkongsi bahawa adalah menjadi impiannya sejak kecil untuk meneroka pelbagai pelusuk dunia apabila dewasa kelak.



Oleh itu, peluang yang diberikan kepadanya untuk turut serta dalam ekspedisi pendakian tersebut disahutnya dengan senang hati. Sofi juga dijangka pendaki termuda dalam kumpulan sekitar 30 orang itu.



"Sebenarnya ibu saya yang dapat tahu tentang 'Climbathon' ini dan beliau memberitahu saya mengenainya.



"Saya pun tak pernah mendaki gunung, jadi mengapa tidak? Ini merupakan peluang sekali dalam seumur hidup," jelasnya.



Pelajar Sekolah Menengah Jurong West itu menerima bantuan ETF dalam bentuk pengecualian yuran tuisyen Mendaki serta baucar bagi membeli keperluan sekolahnya.



Bapanya merupakan seorang teknisyen sementara ibunya pula seorang suri rumah.



Namun, gadis yang tidak lokek senyuman itu tidak akan keseorangan ketika mendaki Gunung Fansipan hujung bulan ini.



Dia bakal melalui pengalaman tersebut bersama ibunya, Cik Norhayati Mahat, 50 tahun, serta Andhika, 16 tahun, rakan yang dikenalinya melalui program bimbingan Mendaki, Mentoring@MTS.



Ditanya bagaimana perasaannya dapat mendaki gunung sambil membantu pelajar lain yang menerima bantuan ETF, Andhika pula berkata:



"Ia menjadikan pendakian ini lebih bermakna... dan mendorong saya melakukan lebih baik.



"Ia juga merupakan pendakian pertama saya dan kami dapat melalui pengalaman ini bersama."



Berkongsi semangat serupa ingin membantu pelajar lain, Daing, 18 tahun, berkongsi bahawa meskipun ini merupakan kali pertamanya mendaki gunung untuk mengumpul dana, ia bukan kali pertama beliau menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.



Pelajar tahun kedua dalam jurusan Fotografi Digital dan Pengeluaran Filem di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu berkata beliau pernah ke rumah orang-orang susah untuk mengagihkan makanan.



Di samping itu, beliau juga sering membelikan makanan bagi teman-teman sekolahnya yang tidak mempunyai wang saku.



"Apabila saya diberitahu 'Climbathon' ini bertujuan mengumpul dana bagi pendidikan pelajar... sesuatu yang penting... saya fikir mengapa tidak (turut menjayakan acara ini), ia untuk tujuan yang murni," ujarnya.



Memandangkan ia merupakan kali pertama ketiga-tiga pelajar tersebut bakal mendaki gunung, mereka akur perasaan mereka bercampur-baur antara risau, ghairah dan tidak sabar.



"Pada awalnya memang saya bimbang sedikit tapi hati saya berkata mengapa tidak cabar diri sendiri dan lakukannya sahaja," kata Daing.



Perasaan serupa dikongsi Sofi dan Andhika, yang masing-masing yakin dapat mengatasi cabaran yang mungkin dihadapi semasa di atas gunung nanti.



Dalam perkongsian ketiga-tiga anak muda itu, jelas terbukti pengalaman menerima dan menghulurkan bantuan menjadi pembakar semangat mereka untuk terus memastikan lebih ramai pelajar dapat dibantu.



Justeru setiap langkah yang mereka ambil untuk sampai ke puncak Gunung Fansipan membawa bersama harapan bagi pendidikan anak-anak Melayu/ Islam lain yang menerima bantuan ETF.




SETIAP LANGKAH BANTU ETF



- Dana Amanah Pendidikan (ETF) memberi bantuan kewangan kepada pelajar Melayu/ Islam daripada keluarga berpendapatan rendah bagi memastikan mereka mempunyai sumber cukup bagi pendidikan.



- ETF 'Climbathon' diadakan untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut. Acara kemuncak usaha ini ialah pendakian Gunung Fansipan di Sapa, Vietnam.



- Orang ramai boleh bantu melalui Cabaran Langkah ETF (ETF Steps Challenge) dengan menderma hanya $1 bagi setiap langkah yang diambil untuk pendakian ke puncak gunung tersebut.



- Ini boleh dilakukan menerusi kempen give.asia di: https://mendaki.give.asia/campaign/etfstepschallenge.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >