Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN (COP)

Tiga pemimpin Parti Pekerja akan beri pandangan apabila Parlimen bersidang

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



TIGA ketua Parti Pekerja (WP) akan memberikan pandangan mereka mengenai laporan Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) Parlimen di Parlimen apabila ia bersidang minggu depan.



Ini setelah COP menyarankan agar dua pemimpin mereka Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh dan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, dirujuk kepada pihak pendakwa raya awam bagi menimbangkan sama ada prosiding jenayah dimulakan terhadap mereka.



Ia disarankan disebabkan kelakuan Encik Pritam semasa berdepan dengan jawatankuasa itu dan keengganan Encik Faisal menjawab soalan ketika dikemukakan jawatankuasa tersebut berkaitan siasatan pembohongan mantan Anggota Parlimen (AP) WP Cik Raeesah Khan di Parlimen, kata laporan COP dikeluarkan kelmarin.



Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin,menyarankan agar Cik Raeesah didenda $35,000 kerana berbohong dalam Parlimen.



"WP memandang perkembangan ini dengan keprihatinan serius. Kali terakhir dakwaan jenayah dikenakan terhadap AP pembangkang terpilih berkaitan kerja-kerja politik ialah pada 1980an.



"Encik Pritam Singh, Cik Sylvia Lim (pengerusi WP), dan Encik Faisal Manap akan melahirkan pandangan mereka mengenai laporan COP di Parlimen (yang seperti COP, dikuasai AP Parti Tindakan Rakyat (PAP)).



"Encik Pritam dan Encik Faisal akan bekerja sama dengan pihak pendakwa raya awam dan mempertahankan diri mereka dalam mahkamah sekiranya tuduhan dikenakan," ujar kenyataan WP semalam.



Sedang Encik Pritam dan Encik Faisal, yang kedua-duanya merupakan AP GRC Aljunied, menangani hal itu, WP akan terus bekerja untuk Singapura dan rakyat Singapura, tambah kenyataan itu lagi.



"Semua AP kami yang dipilih akan terus berkhidmat kepada pengundi kami dengan sebaik mungkin sementara kerja-kerja Parti di kawasan lain diteruskan," kata WP.



COP dipengerusikan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan enam lagi AP PAP dan AP Hougang, Encik Dennis Tan, dari WP.



Dalam laporan itu, COP menyatakan ia mendapati Cik Raeesah bersalah kerana menyalahgunakan hak istimewanya kerana berbohong di Parlimen pada 3 Ogos dan mengulanginya lagi pada 4 Oktober tahun lalu.



Dari 8 Ogos pula, laporan itu menyatakan Cik Raeesah bertindak di bawah bimbingan tiga pemimpin kanan WP bagi 'mengekalkan pembohongan itu'. Pemimpin itu merujuk kepada Encik Pritam, Encik Faisal dan Cik Lim.



Pada 3 Oktober, ia menyatakan Cik Raeesah terus dibimbing Encik Pritam agar terus berbohong.



COP mengusulkan agar Encik Pritam dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi siasatan selanjutnya jika prosiding jenayah harus dimulakan disebabkan tindakannya terhadap jawatankuasa itu.



Encik Faisal juga akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi siasatan lanjut kerana keengganannya menjawab soalan 'yang berkaitan' dan juga ditimbangkan sama ada prosiding jenayah harus dimulakan.



"Jika Parlimen menerima saranan jawatankuasa, masih terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui. Ini termasuk keputusan akhir Pendakwa Raya untuk mendakwa, masa campur tangan sebelum perkara itu dibicarakan, keputusan akhir dan apa-apa hukuman yang dijatuhkan dan prospek kedua-dua Faisal dan saya kehilangan kerusi Parlimen kami dan meletakkan jawatan sebagai AP jika salah seorang daripada kami didenda $2,000 atau lebih," kata Encik Pritam, kelmarin.



Pada 1987, AP pembangkang mendiang J.B Jayaratnam dikenakan denda maksimum $1,000 kerana membuat dakwaan tidak berasas, termasuk mengenai penahanan seorang lelaki bernama Lim Poh Huat.



Encik Jeyaretnam tidak memberikan butiran mengenai dakwaan itu, yang diulanginya di Parlimen beberapa hari kemudian sambil juga secara palsu mendakwa beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.



Dr Chee Soon Juan dari Parti Demokratik Singapura (SDP)- walaupun bukan AP - didenda $25,000 pada tahun 1996 kerana mengada-adakan data dan memalsukan dokumen untuk memperdaya Jawatankuasa Pilihan mengenai Pengesahan Subsidi Jagaan Kesihatan Poliklinik Pemerintah dan Hospital Awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >