Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga pesawat SIA termasuk dua Airbus A380 dijadikan bahan sekerap

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



TIGA pesawat Singapore Airlines (SIA), termasuk dua pesawat Airbus A380, telah ditunda dalam perjalanan terakhir mereka ke Pusat Pameran Changi untuk disekerap.



Operasi yang berlangsung beberapa jam itu kelmarin, mengakibatkan penutupan jalan di sepanjang Changi Coast Road dan Aviation Park.



Ini adalah kali pertama pesawat jenis jumbo SIA A380 disekerap di dalam negara.



Kededua pesawat jumbo itu yang nombor pendaftarannya 9V-SKH dan 9V-SKG dan pesawat Boeing 777-200 dengan nombor pendaftaran 9V-SQJ digerakkan dalam operasi itu.



Syarikat kejuruteraan, SIA Engineering Company akan melakukan proses sekerap pesawat-pesawat itu dan akan mengambil selama dua bulan untuk menyelesaikannya.



Sebelum pandemik ini, SIA mempunyai 19 pesawat A380.



Dengan pandemik yang semakin teruk, sebanyak 12 pesawat A380 ditempatkan di Lapangan Terbang Changi dan tujuh dihantar ke Alice Springs untuk disimpan bagi jangka panjang.



Pada November lalu pula, SIA berkata mereka akan menghentikan 26 pesawat kerana tidak diperlukan lagi. Ini termasuk tujuh pesawat A380.



Industri penerbangan semakin tidak menentu masa depannya dengan beberapa syarikat penerbangan menghadapi masalah mengisi tempat duduk sepenuhnya dalam pesawat untuk mendapatkan keuntungan.



Menurut seorang jurucakap SIA, bahagian yang dapat digunakan semula dari pesawat A380 akan disimpan sebagai peralatan ganti untuk pesawat A380 yang masih beroperasi sekarang.



Bahan pesawat yang masih sesuai seperti bahagian utama pesawat, tingkap kabin, petak meletak barang di atas, tempat duduk, jaket keselamatan, perabot dan linen serta peralatan dapur seperti rak, akan dikitar semula untuk dijadikan bahan lebih bermutu - iaitu salah satu inisiatif SIA.



Inisiatif mengitar semula bahan menjadi bahan lebih bermutu yang dilancarkan pada Ogos lalu, menyediakan bahagian dan bahan dari pesawat komersial SIA kepada pelbagai organisasi yang berpangkalan di Singapura dan jenama runcit global terpilih.



Ia juga akan mendermakan bahagian pesawat itu kepada institut pendidikan untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran atau kursus rekaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >