Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga raih geran AMP, dapat luaskan niaga dan tempahan

Oct 12, 2017 | 06:32 PM



 





BELIAU sudah menerima tempahan menjahit baju daripada pelanggan bagi menambah pendapatan keluarganya sejak sekitar 30 tahun lalu.



Selama itu, Cik Site Romnah Omar tidak begitu memahami selok-belok perniagaannya.



Namun selepas mengikuti Program Perniagaan Mikro Angkatan Karyawan Islam (AMP), kini beliau lebih tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan dan menjalankan pemasaran bagi perniagaan dari rumah yang dijalankannya itu.



Beliau merupakan antara 23 peserta program itu – yang berlangsung dari 25 Februari hingga 31 Ogos lalu – yang menerima sijil tamat program di Auditorium AMP di Pasir Ris Drive 4 semalam (12 Oktober).



Cik Romnah juga merupakan antara tiga daripada 23 peserta program itu yang menerima geran modal sebanyak $1,000 daripada AMP yang bertujuan mempertingkat kecekapan perniagaan dan hasil jualan mereka menerusi pelaburan bagi peralatan lebih baik.



Dua lagi peserta Program Perniagaan Mikro AMP yang menerima geran modal daripada badan bantu diri itu adalah Cik Kathija Begam Abdul Hameed, 51 tahun; dan Cik Ameerah Omar Talib, 47 tahun.



Cik Kathija, pemilik Sabrina Homemade Cookies, meniaga muruku dan biskut sementara Cik Ameerah, pemilik Nashrah Secretz, pula meniaga kuih tradisional Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >