Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga sekawan teruja siapkan makan minum

Jan 14, 2018 | 05:30 AM



DIA tidak mempunyai banyak pengalaman membuat minuman panas seperti kopi bagi keluarganya di rumah sebelum ini.



Namun kini, Ang Shu Hao, 17 tahun, boleh menyiapkan kopi istimewa seperti kopi mocha dan long black sendiri menggunakan mesin membuat kopi yang canggih, tanpa banyak bimbingan, selepas menjalani program bekerja sambil belajar di Seeds Cafe di Rainbow Centre Margaret Drive School tahun lalu.



Shu Hao merupakan pelajar autistik di sekolah tersebut.



"Apabila pelanggan datang, saya menyambut mereka masuk.



"Kemudian, saya buatkan kopi yang mereka pesan dan membawanya kepada mereka," ujarnya apabila ditanya apakah peranannya di kafe tersebut.



Tambahnya, dia diajar antaranya selok-belok bekerja di kafe itu oleh jurulatih, Cik Goh Ting Ying dan Encik Daniel Poh.



Malah, Shu Hao juga bercita-cita ingin menjadi seperti jurulatihnya satu hari nanti untuk membimbing pelajar istimewa lain yang menjalani program bekerja sambil belajar di kafe itu.



Pengalaman bekerja di Seeds Cafe telah menimbulkan minat di kalangan teman Shu Hao - Sri Raghavendra, 17 tahun, dan Jensen Christian Taduron, 16 tahun - yang turut menjalani program bekerja sambil belajar di kafe itu.



Menurut Sri, ibu bapanya gembira dia dapat peluang bekerja di sana.



Selain menyediakan kopi buat pelanggan dan melayan mereka, Sri berkata dia juga belajar cara-cara betul membersihkan meja selepas pelanggan meninggalkan kafe itu.



Bagi Jensen pula, dia suka bertemu dengan pelanggan yang datang untuk menjamu selera di kafe itu.



"Saya ada kawan baik di sini dan saya suka belajar dan bekerja di kafe ini. Saya rasa saya nak kerja di kafe selepas ini," ujarnya sambil tersenyum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >