Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga strategi bagi terus perkasa masyarakat: Masagos

Tumpuan pada keluarga, tenaga kerja bagi rebut peluang industri berkembang serta sektor keagamaan berwibawa teras bagi harungi cabaran masa depan
Mar 12, 2022 | 03:20 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, membentangkan tiga strategi untuk memperkasa masyarakat dengan tumpuan diberikan kepada mempertingkat kemahiran merangkumi keluarga, golongan pekerja dan sektor asatizah.



Strategi tersebut menurut beliau bertujuan menyokong masyarakat untuk mencapai aspirasi bersama selain menangani cabaran akan datang.



Usaha mempertingkat kemahiran masyarakat ini, serta usaha memupuk keperibadian yang baik dan menggalak kewarganegaraan aktif, membentuk jati diri masyarakat sebagai sebuah Masyarakat Gemilang, kata Encik Masagos.



Selain Encik Masagos, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, turut memberikan perincian pelan itu semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam semalam.



Menjelaskan lebih lanjut tiga strategi tersebut, para pemimpin itu berkata pertama ialah mengukuhkan rangkaian sokongan untuk mendampingi masyarakat melalui M3; kedua, membangunkan sebuah tenaga kerja yang berkemahiran menerusi kerjasama dengan masyarakat dan industri; dan yang terakhir membentuk sektor keagamaan yang berwibawa.



Mengenai rangkaian sokongan sosial bagi keluarga, rangakain tersebut akan diperkukuh dan jurang yang ada dirapatkan agar tiada yang ketinggalan.



Bagi sektor asatizah pula, bebrapa inisiatif telah dilakar bagi menyokong asatizah untuk memperoleh kemahiran penting manakala kemahiran pekerja juga akan diberikan tumpuan supaya mereka kekal relevan bagi merebut peluang dalam industri baru atau yang sedang berkembang.



Berucap di Parlimen semalam, Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan menarik perhatian kepada Banci Penduduk 2020 yang menunjukkan kemajuan sangat ketara dalam tahap pendidikan dan pendapatan keluarga Melayu berbanding 10 tahun lalu.



Tambahnya, lebih ramai orang Melayu bekerja dalam sektor yang sedang berkembang pesat seperti perhubungan dan penerangan, perkhidmatan kewangan dan insurans.



"Saya teruja dengan kemajuan ini kerana ia cerminan terhadap kemajuan masyarakat kita dalam pendidikan dan pekerjaan, dekad demi dekad," ujar beliau.



Jawatankuasa Pemandu Projek Dian yang diumumkan Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), sebagai contoh bertujuan membantu menyelaras usaha antara agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat bagi memudahkan proses menghubungkan keluarga di flat sewa dengan program masyarakat dan nasional.



Encik Zaqy turut menjelaskan beberapa usaha yang bertujuan mempersiap masyarakat Melayu/Islam bagi sektor berkembang termasuk memperkukuh program mentor bagi belia dan mempertingkat peluang mendapatkan biasiswa.



Dalam pada itu, sejajar dengan tumpuan mempertingkat kemahiran masyarakat, Encik Masagos berkata pemerintah akan menyokong sektor asatizah untuk memperoleh kemahiran penting, antaranya membangunkan gedung ilmu yang kritikal bagi asatizah supaya mereka didedahkan kepada pandangan serta perspektif yang lebih meluas.



Perbahasan COS bagi semua kementerian melabuhkan tirainya semalam, dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) merupakan kementerian terakhir yang membahaskan belanjawan mereka.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, antara lain mengumumkan bahawa pemerintah akan memperuntuk $20 juta bagi pelan Bring Sport Back yang bertujuan membantu usaha memperkenal semula acara sukan yang boleh disertai ramai orang.




SEKILAS INISIATIF BAGI MASYARAKAT ISLAM



 • Perkukuh rangkaian sokongan melalui M³



- Jawatankuasa Pemandu Projek Dian@M³ dibentuk untuk selaras usaha antara agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat



- Edisi baru Forum M³ pada 2023 bagi sukarelawan jalin rangkaian dan kongsi idea



 • Kerjasama antara masyarakat dan industri bina tenaga kerja mahir



- #amPowered@ITE sesuaikan cara bimbingan mentor ikut keperluan belia



- Biasiswa GIC-Mendaki bagi mahasiswa ceburi kerjaya industri kewangan



- Manfaatkan rangkaian bagi tingkat kemahiran pekerja dan bantu dapatkan kerja dalam sektor baru dan membangun



 • Bentuk sektor keagamaan yang berwibawa dan berdaya tahan



- Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang 2022 bakal dianjur



- Bangunkan bakat dan pemimpin agama melalui Program Pencapaian Kepimpinan di bawah Program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Agamawan



- Kampus PCICS akan dibangunkan di Kompleks Wakaf Bencoolen pada akhir 2022



- Bentuk kumpulan kerja Wakaf Masyarakat Singapura




DI DALAM



 • Program kepimpinan baru bagi asatizah berpotensi



 • Mobiliti sosial bantu SG cegah perpecahan dalam masyarakat



 • M³ mahu latih lagi 600 mentor bagi pelbagai program: Zaqy



 • Maliki: Dian@M3 dekati 65% keluarga flat sewa, dibantu miliki flat



 • Jumlah relawan M³ meningkat



 • $20j diperuntuk bagi rancangan tingkatkan acara, kemudahan sukan



 • 2022 diisytihar Tahun Meraikan Keluarga




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >