PENANGKAPAN ISA
Tiga tahanan dilatih guna senjata api semasa menuntut di Yaman
Lelaki Cina pertama dikenakan Perintah Sekatan dapat kerakyatan pada 2014
TIGA warga Singapura yang dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menuntut di pusat pengajian yang sama di Yaman, menurut jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Mohammad Razif Yahya, 27 tahun; Amiruddin Sawir, 53 tahun; dan Mohamed Mohideen Mohamed Jais, 25 tahun; memulakan pengajian secara berasingan di pusat pengajian di Yaman itu.