Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga terkorban dalam dua kemalangan

Nov 04, 2017 | 12:23 PM



 





DUA kemalangan berasingan dalam tempoh 12 jam semalam (Jumaat, 3 November) telah mengakibatkan tiga nyawa terkorban.



Kejadian pertama melibatkan dua pegawai polis yang bekerja di Pusat Polis Kejiranan Bukit Timah di luar waktu tugas mereka.



Ia berlaku di Ekspreswe Marina Coastal (MCE), sebelum susur keluar Central Boulevard, sekitar 5.10 pagi.



Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 33 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Seorang lagi penunggang, seorang lelaki berusia 27 tahun, mengalami kecederaan dan telah ditangkap kerana menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai.



Video yang tersebar dalam talian menunjukkan beberapa kenderaan di laluan paling kiri dan kenderaan kecemasan serta pegawai polis di tempat kejadian.



Dalam video tersebut, seorang pegawai polis juga dilihat sedang memeriksa motosikal scrambler.



Saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat helmet motosikal yang rosak dan juga darah di tempat kejadian.



Petang itu, kemalangan di Mandai Road yang melibatkan lori dan van hitam pula mengakibatkan dua lelaki terkorban.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menghantar tweet pada 5.19 petang memberi amaran kepada pemandu mengenai kemalangan berdekatan simpang di Seletar Ekspreswe.



Gambar yang tersebar dalam talian menunjukkan van tersebut dengan bahagian depannya yang remuk, di belakang lori di laluan paling kiri yang telah dikepung.



Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan di Mandai Road ke arah Yishun pada 4.40 petang.



“Dua lelaki berusia 20an tahun disahkan mati oleh paramedik di tempat kejadian,” menurut jurucakap SCDF.



Polis berkata yang terkorban adalah pemandu van, seorang lelaki berusia 29 tahun dan penumpang lori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >