Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga terselamat dari kebakaran flat yang berpunca dari bateri e-skuter

Mar 11, 2018 | 01:38 PM



TIGA orang diselamatkan dari flat HDB di Senja Road selepas pek bateri e-skuter menyebabkan kebakaran. 



Dalam pos Facebook malam semalam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia bertindak terhadap kebakaran di 636C Senja Road pada 9.05 malam. 



Ahli bomba terpaksa memecahkan pintu rumah untuk masuk dan berjaya memadamkan api menggunakan jet air serta buih udara mampat dari beg galas. 



Mereka juga menggunakan tangga di belakang flat itu, dan menyelamatkan tiga penghuni flat tersebut. 



Ketiga-tiga penghuni telah dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong kerana terhidu asap. 



Menurut SCDF, siasatan awal mendapati bahawa sebab kebakaran tersebut adalah dari sumber elektrik, dan berpunca dari pek bateri alat mobiliti peribadi (PMD). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >