Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Tiga tunggak penting bantu bekas penagih kembali kepada masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiga tunggak penting bantu bekas penagih kembali kepada masyarakat

Masagos: Pemerintah, masyarakat dan keluarga main peranan penting
Jan 07, 2019 | 05:30 AM

DASAR pemerintah yang tepat, program kemasyarakatan yang khusus serta sokongan keluarga adalah tiga tunggak penting yang boleh membantu bekas pesalah kembali ke pangkuan masyarakat.

Demikian ditekankan Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Bercakap selepas Hari Keluarga anjuran Rumah Peralihan Lembaga Endowmen Hindu (HEB) Ashram di Durban Road, Sembawang, semalam, Encik Masagos berkata terdapat tiga aspek penting dalam memastikan bekas pesalah dan penagih dapat kembali semua ke pangkuan masyarakat dengan baik.

Kata beliau, pertama adalah sokongan pemerintah dalam memberi golongan itu, antara lain, pekerjaan dan perumahan.

"Sokongan pemerintah diperlukan bagi memastikan institusi setempat mempunyai saiz tenaga kerja yang tepat dan menghasilkan dasar berdasarkan bukti dalam memastikan kita dapat menolong golongan ini menjalani kehidupan semasa mereka di penjara dan dalam pemulihan dan kemudian kembali ke pangkuan masyarakat," jelas Encik Masagos.

Faktor kedua, kata Encik Masagos, adalah peranan masyarakat dalam menolong golongan tersebut.

"Masyarakat juga harus memainkan peranan dan menerima mereka bagi memastikan adanya sokongan dalam apa sahaja bentuk yang sesuai dengan mereka.

"Dalam hal ini, budaya memainkan peranan, justeru kami menyeru masyarakat masing-masing membuat pendekatan sesuai dengan budaya dan peradaban mereka," terang beliau.

Akhir sekali, menurut Encik Masagos, sokongan keluarga amat penting dalam usaha ini.

Beliau menekankan bahawa keluarga bekas pesalah itu sendiri itu perlu dipersiapkan bagi menerima mereka semula kepada keluarga.

"Keluarga harus bersedia menerima mereka apabila mereka keluar daripada institusi masing-masing.

"Proses ini juga mengambil masa lama, baik semasa mereka masih di dalam institusi mahupun selepas keluar nanti," jelasnya.

Tambah Encik Masagos, dengan menggembleng tiga faktor itu - pemerintah, masyarakat dan keluarga - peluang memastikan pemulihan golongan itu akan lebih pasti.

Dalam pada itu, Encik Masagos memuji usaha yang dilakukan Rumah Peralihan HEB Ashram dalam membantu golongan bekas pesalah dadah.

"Sedang kita semakin maju dan berjaya, satu perkara penting yang perlu dilakukan masyarakat adalah menyumbang semula.

"Dan saya gembira melihat pertubuhan seperti Ashram, yang selain mengubah cara mereka membantu bekas pesalah, mereka juga memiliki sukarelawan dan mendapat pendanaan bagi memastikan rumah peralihan berjalan baik.

"Saya gembira mendapat tahu misalnya, mereka mendapat pendanaan tahunan sebanyak $1 juta bagi usaha dan program menolong bekas pesalah kembali kepada masyarakat," terangnya.

Semasa acara itu, plak penghargaan turut disampaikan kepada rakan agensi rumah peralihan itu termasuk Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (Score), Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Politeknik Ngee Ann.

Laporan lanjut: Hari Keluarga bagi rai ulang tahun ke-20 rumah peralihan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3