Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CABUL WANITA DI HOTEL

Tiga warga Britain dihukum jel dan sebat

Aug 16, 2017 | 05:30 AM



TIGA warga Britain, yang dibicarakan di mahkamah dua minggu lalu atas tuduhan merogol seorang wanita warga Malaysia secara berganti-ganti di Hotel Carlton, dihukum penjara antara lima setengah dengan enam setengah tahun dan sebat semalam.



Tiga lelaki itu telah mengaku bersalah kelmarin terhadap tuduhan yang dikurangkan kepada mencabul kehormatan dengan teruk selepas menimbangkan tuduhan tersebut selama seminggu.



Khong Tam Thanh, 22 tahun, dihukum penjara enam tahun dan sebat lapan kali, sementara Vu Thai Son, 24 tahun, dihukum penjara enam setengah tahun dan sebat lapan kali.



Michael Le, 24 tahun, pula dihukum penjara lima setengah tahun dan sebat lima kali.



Mereka mengaku mencabul kehormatan wanita itu dengan mengadakan seks dengan beliau semasa menahannya secara terlarang pada awal pagi 10 September tahun lalu.



Thanh dan Son juga masing-masing mengaku bersalah terhadap tuduhan kedua mencabul kehormatan dengan melakukan perbuatan seksual lain ke atas wanita itu, yang berusia 22 tahun ketika itu.



Semasa menjatuhkan hukuman, Pesuruhjaya Kehakiman Hoo Sheau Peng menyifatkan perbuatan tiga lelaki tersebut sebagai keji.



"Semasa beliau tidur dan tidak berupaya melindungi dirinya sendiri, mereka mengambil kesempatan ke atas keadaannya yang lemah untuk melakukan jenayah seksual serius ini.



"Dengan melakukannya, mereka tidak menghormati maruahnya... serta langsung tidak mempedulikan kecederaan dan rasa sakit yang beliau mungkin rasa disebabkan perbuatan mereka," katanya.



Thanh dibenarkan memulakan hukuman penjaranya pada 22 Ogos, manakala Le dibenarkan mula menjalani hukuman penjara pada 18 Ogos, agar mereka dapat meluangkan masa bersama keluarga mereka yang berkunjung ke Singapura dari Britain. Mereka dibebaskan dengan ikat jamin $50,000.



Son ditahan reman sejak ditangkap.



Ketiga-tiga mereka, yang berketurunan Vietnam, sebahagian daripada sekumpulan kawan yang melawat Singapura pada 9 September untuk mengadakan majlis liar menyambut tamat era bujang (stag party) dan menghadiri satu pesta muzik.



Mereka menempah tiga bilik di hotel itu.



Pada malam pertama mereka di sini, mereka ke kelab malam Zouk, tempat salah seorang daripada kumpulan itu, Encik Trinh Viet Anh, 24 tahun, bercakap dengan wanita tersebut.



Wanita itu menyarankan beliau dan Encik Anh pergi ke kamar hotel Encik Anh dan mereka bersetuju mengadakan seks sebelum beliau tertidur.



Sekitar 4 pagi esoknya, Encik Anh membiarkan Thanh masuk ke biliknya sementara beliau pergi ke bilik lain.



Thanh, Son dan Le kemudian berganti-ganti mengadakan seks dengan wanita itu.



Tidak dinyatakan di mahkamah mengapa tuduhan itu dikurangkan daripada rogol kepada mencabul kehormatan dengan teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >