Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga warga ditahan kerana ingin sertai, sokong ISIS

Seorang dikenakan Arahan Penahanan, dua lagi termasuk wanita 62 tahun dikenakan Perintah Sekatan
Jun 26, 2019 | 05:30 AM



SEORANG lelaki Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mahu ke Syria dan menyertai kumpulan ISIS, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Imran Mahmood, 40 tahun, penganggur, dikenakan Arahan Penahanan (OD) di bawah ISA pada Januari lalu, selepas siasatan menunjukkannya menjadi radikal dan berniat ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas ISIS.



Dua individu lain pula dikenakan Perintah Sekatan (RO) sebab terlibat dalam perbuatan yang berkaitan dengan pengganasan.



Mohamad Fairuz Junaidi, 39 tahun, seorang pekerja penghantaran makanan, dikenakan RO pada Mac setelah didapati dipengaruhi ideologi radikal ISIS dan menimbangkan mahu ke Syria dan menyertai ISIS.



Seorang teknisyen pengilangan berusia 62 tahun, Rasidah Mazlan, pula dikenakan RO pada Mac lalu, kerana berhubungan dengan berbilang entiti asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan, termasuk individu yang menyokong ISIS.



Menulis di Facebook, Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata kes terkini menunjukkan masih ada yang lemah hingga boleh termakan oleh hasutan menjadi radikal.



"Muis telah lama meningkatkan strategi pelibatan masyarakat di dalam dan luar talian untuk mengatasi ideologi sedemikian.



"Kita mesti terus berwaspada dan bekerja rapat dengan Muis serta pihak berkuasa untuk menghapuskan ancaman ini. Hal inilah yang menyebabkan sedikit sekali yang terdakwa mempunyai fahaman tersebut," ujarnya.



MHA berkata Imran menjadi radikal sekitar 2013 setelah mendengar syarahan dalam talian oleh pendakwah agama luar negara dan menyokong kuat tindakan ganas ISIS.



Pada 2014, dia berhasrat ke Syria dan menyelidik cara masuk ke sana serta bersedia berjuang untuk ISIS dan percaya akan mati syahid.



Imran mula persoalkan kesahihan ISIS pada 2017 namun tetap mengekalkan kepercayaannya terhadap ISIS dan bersedia menyertai militan seperti Free Syrian Army.



Sementara itu, Fairuz, yang emosinya terganggu oleh laporan tentang pembunuhan Sunni Muslim di Syria, telah menimbangkan untuk ke Syria dan bersedia menyertai ISIS.



Tetapi dia mula mempersoalkan ISIS pada 2017 selepas membaca laporan negatif mengenainya di Facebook dan kritikan.



"Imran akan menjalani kaunseling dan pemulihan semula sementara dikenakan RO," ujar MHA.



Bagi Rasidah, siasatan menunjukkan hubungannya dengan individu menyokong ISIS, didorong rasa simpati terhadap Muslim yang sedang sengsara dalam konflik luar negara.



"Kegiatannya di dalam talian itu menjadikannya lebih terdedah kepada pengaruh buruk dan perekrutan pihak pengganas yang memberi ancaman kepada Singapura.



"Justeru dia dikenakan RO bagi mengelaknya daripada terus berhubungan dengan pihak demikian dan membolehkannya menjalani kaunseling dan pemulihan," kata MHA.



Dalam pada itu, empat warga Singapura telah dibebaskan kerana menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan dan tidak lagi dianggap sebagai ancaman keselamatan yang memerlukan tahanan pencegahan, kata MHA.



RO dikenakan ke atas seorang belia berusia 17 tahun juga dibenarkan luput pada bulan ini kerana menunjukkan kemajuan baik.



Empat tahanan dibebaskan adalah - Abd Rahim Abdul Rahman, 50 tahun, bekas anggota kumpulan Jemaah Islamiyah yang ditahan pada Mac 2012; Asyrani Hussaini, 30 tahun, yang ditahan pada Mac 2013 selepas menjadi radikal dan berusaha menyertai kumpulan pelampau di selatan Thailand; Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 24 tahun, ditahan pada Jun 2017 setelah menjadi radikal dan mahu ke Syria bagi menyertai ISIS; serta Muhammad Khairul Mohamed, 26 tahun, yang menjadi radikal dan ditahan pada Jun 2017 kerana mahu terlibat dalam keganasan bersenjata di Syria.




"Kes terbaru ini menunjukkan bahawa masih ada yang lemah hingga boleh termakan oleh hasutan menjadi radikal. Muis telah lama meningkatkan strategi pelibatan masyarakat di dalam dan luar talian untuk mengatasi ideologi sedemikian."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



LAPORAN SELANJUTNYA: Muis tingkat usaha tolak ajaran eksklusif, ekstrem




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >