Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga warga S’pura dituduh beri rasuah kepada pegawai Kedutaan Indonesia

Nov 21, 2018 | 06:30 PM



TIGA warga Singapura dihadapkan ke mahkamah pada Rabu (21 November) atas peranan yang disyaki berhubung kes rasuah berkaitan seorang pegawai Kedutaan Indonesia yang  melibatkan lebih $92,000.



Penterjemah bahasa bebas Abdul Aziz Mohamed Hanib, 63 tahun, dikenakan 19 tuduhan rasuah, sementara ejen insurans James Yeo Siew Liang, 47 tahun, dikenakan 18 tuduhan serupa.



Yeo dari AIG Asia Pacific Insurance dan Liberty Insurance, berdasarkan pencarian dalam talian di laman web Persatuan Insurans Umum Singapura.



Lelaki ketiga, Benjamin Chow Tuck Keong, 55 tahun, seorang pengarah pembangunan korporat di syarikat menjual produk organik. Chow dikenakan satu tuduhan bersubahat dengan Abdul Aziz untuk melakukan rasuah.



Trio itu dituduh melakukan kesalahan itu antara penghujung tahun lalu dengan tahun ini.



Pegawai Kedutaan Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes ini ialah Encik Agus Ramdhany Machjumi, seorang kakitangan pentadbiran dan teknikal.



Dalam kenyataannya, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB)  berkata Kedutaan Indonesia tidak terlibat dalam kesalahan rasuah itu.



Tambah CPIB: “Pada masa ini, tiada bukti yang mencadangkan AIG Asia Pacific Insurance dan  Liberty Insurance terlibat dalam kesalahan rasuah itu. Buat masa ini, tiada tuduhan dikenakan ke atas mereka.”



Ketiga-tiga warga Singapura itu tidak diwakili peguam di mahkamah pada Rabu. Abdul Aziz dan Yeo masing-masing ditawarkan ikat jamin $50,000, sementara Chow ditawarkan ikat jamin $10,000.



Mereka akan menghadap mahkamah lagi pda 17 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >