Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga warga S'pura diberkas disyaki melakukan kesalahan dadah

Jan 12, 2022 | 08:15 PM



TIGA warga Singapura ditahan oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pada petang Selasa (11 Jan) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.


Sebanyak 423 gram 'Ice', dengan nilai anggaran $63,000, telah dirampas semasa operasi itu, kata CNB dalam satu kenyataan media pada Rabu (12 Jan).


Peralatan dadah dan wang tunai berjumlah $19,100, serta 115 tablet ubat preskripsi, termasuk nitrazepam, midazolam dan diazepam, serta dua botol ubat batuk turut dirampas.


Jumlah 'Ice' yang dirampas boleh memenuhi ketagihan sekitar 240 pengguna seminggu.


Pada Selasa, pegawai CNB menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di Bukit Batok Street 52 dan menemui satu paket berisi 1 gram 'Ice' pada dirinya. Dia kemudian diiringi ke rumahnya di sekitar Bukit Batok Avenue 4, di mana 110 tablet ubat preskripsi dan dua botol ubat batuk dirampas daripada unit tersebut.


Dalam operasi susulan petang yang sama, pegawai CNB menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun berhampiran Bukit Batok Street 52, dan menyerbu sebuah lagi unit kediaman di kawasan sama di mana seorang wanita berusia 30 tahun turut ditahan.


Pegawai menemui 10 paket mengandungi kira-kira 422 gram 'Ice', pelbagai peralatan dadah dan wang tunai berjumlah $19,100, serta lima tablet ubat preskripsi dalam unit itu.



Siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >