Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiger Sky Tower di Sentosa akan dibuka semula selepas insiden yang sebabkan 39 orang terkandas

Nov 25, 2017 | 05:30 AM



TIGER Sky Tower di Sentosa akan dibuka semula esok selepas lebih tiga bulan disiasat ekoran insiden yang melibatkan 39 orang terkandas selama empat jam, kata jurucakap pemiliknya.



Operator Sky Tower Pte Ltd memberitahu The Straits Times bahawa hasil "siasatan menyeluruh" terhadap kejadian pada 12 Ogos lalu itu menunjukkan ia adalah disebabkan komponen pemacu yang rosak.



Komponen itu berfungsi menaikkan dan menurunkan gondola dan sejak itu telah diganti, kata jurucakap itu.



"Kami juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesejahteraan para tetamu kami, termasuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan lain yang tidak terjejas di kawasan menara, selain mengkaji semula secara komprehensif pelan kecemasan kami dan tindakan yang harus diambil," kata jurucakap tersebut.



Sky Tower juga meningkatkan "tenaga teknikal" mereka dan telah melakukan latihan semula untuk kakitangannya dalam usaha meningkatkan keupayaan operasi mereka.



Siasatan diketuai Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) bersama pengendali Sky Tower Pte Ltd dan pengeluarnya dari Jerman, Huss Park Attractions.



Tidak jelas sama ada siasatan itu menghasilkan apa-apa pemerhatian mengenai tindak balas terhadap kejadian atau piawai penyelenggaraan. BCA telah dihubungi untuk memberi komen mengenai siasatan itu.



Sky Tower, yang dilancarkan pada 2004, boleh meluncur sehingga ke paras 110 meter dari tanah.



Ia boleh membawa sehingga 72 penumpang ke puncak melalui kabin yang tertutup, yang juga dikenali sebagai gondola.



Tujuh minit perjalanan menawarkan pemandangan sekitar Sentosa, Singapura dan beberapa bahagian Indonesia dan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >