Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiket bagi acara The Bicentennial Experience ditawar

Apr 17, 2019 | 04:25 PM



ANTARA tiket pertama bagi acara sempena acara memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura, ditawarkan mulai hari ini (17 April).



Acara yang dinamakan From Singapore To Singaporean: The Bicentennial Experience itu akan berlangsung dari 1 Jun hingga 15 September.



Mulai 10 pagi tadi, orang ramai boleh mendapatkan tiket percuma bagi pameran yang mempunyai dua bahagian di Taman Fort Canning itu pada bulan Jun, menerusi laman web Bicentennial Singapura.



Acara itu merangkumi dua bahagian, iaitu Time Traveller dan Pathfinder, menurut Pejabat Bicentennial Singapura (SBO) menerusi satu kenyataan semalam.



Time Traveller menawarkan pengalaman sinematik di Pusat Fort Canning Centre, dengan memaparkan detik ikonik dalam sejarah Singapura sepanjang 700 tahun lalu.



Sementara itu, Pathfinder pula berlangsung di Fort Gate dan pengunjung boleh menyaksikan pameran yang dipaparkan menerusi pavilion interaktif sementara menyusur sejarah Singapura dari dahulu hingga sekarang.



Tiket bagi acara The Bicentennial Experience adalah percuma tetapi pengunjung memerlukan tiket untuk menyertainya.



Orang ramai yang ingin menempah lebih 12 tiket boleh e-mel kepada hello.ticketing@kingsmen-int.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >