JUARA tiga kategori dewasa Kejohanan Futsal Nasional 2015 anjuran BeritaHarian.sg akan membawa pulang bukan hanya trofi dan wang tunai sahaja, bahkan tiket penerbangan bernilai hampir $19,000.
Hadiah tajaan syarikat penerbangan AirAsia itu ditawarkan kepada pasukan pemenang kategori Bawah-35 (U-35), Atas-35 (A-35) dan Wanita.