Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiket pesawat S'pura-HK habis dijual susuli gelembung perjalanan

Apr 28, 2021 | 05:30 AM



TIKET penerbangan dari Singapura ke Hong Kong habis dijual menyusuli pengumuman bermulanya gelembung perjalanan pada 26 Mei ini.



Gelembung perjalanan itu akan membolehkan perjalanan bebas kuarantin yang sebelum ini ditangguhkan antara kedua-dua bandar.



Tiket penerbangan sehala dari Singapura ke Hong Kong oleh Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific Airways dari 26 Mei hingga 4 Jun dijual habis hingga 12 tengah hari semalam lapor The Straits Times.



Tiket selanjutnya yang tersedia bagi perjalanan yang sama melalui SIA pada 7 Jun berharga $586, sementara yang tersedia untuk Cathay Pacific adalah 5 Jun dengan harga $636.



Terdapat banyak permintaan bagi penerbangan dari Hong Kong ke Singapura.



Tiket penerbangan sehala dari Hong Kong ke Singapura oleh SIA dari 26 Mei hingga 3 Jun juga dihabis jual, dengan tiket seterusnya pada 4 Jun berharga dari sekitar $995.



Tiket Cathay Pacific bagi perjalanan yang sama pada 1 Jun berharga dari sekitar $706.



Menurut jurucakap SIA, pihaknya menyaksikan permintaan yang banyak bagi penerbangan gelembung perjalanan namun enggan mendedahkan jumlah tersebut ekoran kepekaan komersial.



Gelembung perjalanan antara kedua-dua bandar pada awalnya dirancang bermula pada 22 November tahun lalu, tetapi ditangguhkan oleh kedua-dua pihak setelah lonjakan kes Covid-19 di Hong Kong.



Permulaan semula gelembung perjalanan diumumkan kelmarin oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), yang mengatakan bahawa akan terdapat satu penerbangan setiap hari ke setiap arah, dan mengehadkannya kepada hanya 200 penumpang bagi setiap penerbangan bagi dua minggu pertama.



Jumlah itu akan meningkat kepada dua penerbangan seminggu mulai 10 Jun.



Untuk memenuhi syarat, pelancong mesti tinggal di Singapura atau Hong Kong dalam 14 hari sebelum berlepas.



Tempoh 14 hari itu juga mesti tidak termasuk masa yang dihabiskan di kuarantin atau di bawah Notis Jangan Keluar Rumah menyusuli kepulangan mereka ke Singapura atau Hong Kong dari luar negara.



Semua pelancong juga perlu mempunyai aplikasi LeaveHomeSafe Hong Kong pada peranti mudah alih mereka sebelum meninggalkan Singapura ke Hong Kong.



Media Hong Kong melaporkan pada Isnin lalu bahawa pertanyaan daripada pelancong meningkat setelah pengumuman gelembung perjalanan yang dilancarkan semula.



Namun demikian, belum ada banyak tempahan.



Ketua eksekutif agensi pelancongan WWPKG, Encik Yuen Chun-ning, berkata lawatan lima hari ke Singapura akan menelan belanja lebih daripada HK$10,000 (S$1,700) dalam beberapa hari pertama tetapi akan berkurangan apabila lebih banyak penerbangan tersedia selepas Jun.



Beliau menambah bahawa gelembung perjalanan mungkin tidak merangsang industri pelancongan wilayah pentadbiran khas itu secara signifikan kerana ia mungkin tidak menarik pasaran yang besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >