Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan CEO SPH, Anthony Tan, tinggalkan syarikat; sertai MOH Holdings selaku Pengarah Urusan

Nov 14, 2021 | 01:33 PM



TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Press Holdings (SPH), Encik Anthony Tan, akan meninggalkan syarikat itu untuk menyertai MOH Holdings, syarikat yang menyelia aset penjagaan kesihatan awam Singapura.



Beliau akan menyandang jawatan pengarah urusan MOH Holdings bermula 15 Disember. Hari terakhirnya bersama SPH ialah 7 Disember. 



Encik Tan menyertai SPH sebagai naib-presiden eksekutif Kumpulan Media Cina SPH pada Februari 2015 sebelum dilantik sebagai timbalan CEO pada Julai 2016.



Pada April 2017, beliau dilantik menerajui perniagaan penjagaan warga emas SPH.



Encik Tan, 48 tahun, kini menyelia perniagaan media termasuk penerbitan syarikat SPH The Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian, Tamil Murasu, serta SPH Magazines dan rangkaian SPH Radio.



Beliau juga mengurus perniagaan penjagaan warga emas di Singapura dan Jepun, selain perniagaan-pernigaan lain syarikat tersebut termasuk The Seletar Mall dan SGCarMart.



Dalam satu kenyataan media kelmarin, pengerusi SPH, Encik Lee Boon Yang, berkata Encik Tan telah memberikan sumbangan berharga kepada syarikat itu sepanjang enam tahun lalu dengan menerajui transformasi digital SPH selain memperkukuh keupayaan digital dan wadah berbilang media syarikat tersebut.



“Di bawah kepimpinan beliau, SPH telah menjalani evolusi menjadi rangakain media berbilang saluran terbesar di Singapura,” ujar beliau.



Mengulas, Encik Tan berkata tempohnya di SPH merupakan tempoh yang amat memuaskan sambil menarik perhatian mengenai kemajuan yang dicapai penerbitan vernakular syarikat itu, termasuk Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu.



Mengenai peranan barunya di MOH Holdings, beliau berkata penjagaan kesihatan sentiasa dekat di hatinya dan beliau akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan penjagaan kesihatan kekal dimampui dan mudah diakses warga. 



Encik Tan juga pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Timbalan Setiausaha (Dasar). 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >