Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timba pengalaman sejajar hasrat jadi guru

Nov 05, 2017 | 05:30 AM



Danial dekati pelajar dengan cara bermakna semasa jadi jurulatih praktikal Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team mengakhiri sambutan sepanjang setahun ulang tahun ke-50 Perkhidmatan Negara (NS) tahun ini dengan menyampaikan anugerah kepada anggotanya yang paling cemerlang. NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) memaparkan dua daripada mereka.



SEMASA menjalani Perkhidmatan Negara (NS), Encik Danial Matin Zaini, yang bercita-cita menjadi guru, berpeluang mengasah keupayaannya menjadi pendidik.



Beliau, yang berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dikerah ke vokasyen jurulatih praktikal bagi Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan (NCDCC) - kegiatan kokurikular yang ditawarkan di 35 sekolah menengah.



Tugas bekas pelajar Raffles Institution berusia 21 tahun itu termasuk membimbing pelajar kaedah menyelamat terkini, seperti kemahiran bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan bantuan perubatan mudah.



Selain itu, Encik Danial menjadi anggota pasukan yang menyemak semula kurikulum latihan bantuan kecemasan dan kemahiran menyelamat supaya ia kekal relevan dengan keperluan masa ini.



Beliau tamat menjalani NS Mac lalu. Menurut Encik Danial, yang kini mahasiswa tahun pertama di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan Universiti Nasional Singapura (NUS), pengalamannya di NCDCC, berinteraksi dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang, memberinya banyak pengetahuan berharga.



"Tidak semua pelajar berinteraksi dengan cara yang sama. Ada lebih gemar membuat tugasan praktikal dengan tangan mereka sendiri, ada pula yang lebih suka belajar daripada buku," ujarnya, yang menerima biasiswa Kementerian Pendidikan dan akan melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Nasional (NIE) selepas pengajian di NUS.



Hasrat Encik Danial mendekati pelajar dengan cara bermakna terpapar pada usahanya menyenaraikan NCDCC dalam Buku Rekod Singapura tahun lalu.



Sejumlah 563 pelajar anggota NCDCC mencatat rekod bagi 'jumlah orang paling banyak bersenam dengan tuala' di Hari Sukan NCDCC di Akademi Home Team.



Malah, Encik Danial secara sukarela menyertai semula NCDCC selepas tamat NS untuk menjayakan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam Urban Adventure (UACDC), iaitu satu pertandingan antara sekolah, bulan lalu.



Kelmarin, sumbangan Encik Danial kepada SCDF dan Home Team diiktiraf dalam majlis Jamuan NS50 Home Team di Istana.



Beliau antara 10 anggota NS daripada SCDF dan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang menerima Anugerah NSF Terbaik 2017 daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam kenyataannya, Home Team berkata ia anugerah paling berprestij yang boleh dimenangi anggota NS dan diberikan kepada anggota cemerlang yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan menunjukkan kelakuan contoh dan ciri kepimpinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >