TIMBALAN Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, telah mengadakan pertemuan secara maya dengan pekerja migran terlibat dalam kemalangan yang meragut dua jiwa rakan kerja mereka.
Beliau bersama beberapa rakan kerja dari Masjid Assyakirin turut melawat dormitori mereka untuk menghantar beberapa barangan makanan.
"Walaupun saya tidak dapat bertemu mereka secara peribadi, saya gembira dapat bertemu mereka secara maya.
"Saya gembira melihat mereka sedang pulih dengan baik. Saya perhatikan juga mereka positif dan bersemangat," kata Ustaz Dr Mohammad Hannan dalam satu pos Facebook.
Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) serta Pasukan Keyakinan Ke Hadapan dan Sokongan, yang membantu mengaturkan lawatan serta pertemuan maya itu.
"Saya berasa yakin mengetahui yang MOM, Ace dan Fast terus menyokong para pekerja ini dan menguruskan keperluan serta kebajikan mereka.
"Inilah Singapura dan penyertaan rakyat (citizenry) yang amat kita banggakan," ujar Ustaz Dr Mohammad Hannan.
Baru-baru ini, 17 pekerja migran terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) melibatkan lori yang membawa mereka berlangagr dengan sebuah lori jongket tidak bergerak.