Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan pengarah MOM dihantar timba pengalaman di Carousell

PSD
Feb 08, 2021 | 05:30 AM



SEJAK 2019, Encik Ng Kaijie, seorang timbalan pengarah di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah dihantar ke 'start-up' setempat Carousell untuk menimba pengetahuan yang boleh dibawa kembali ke sektor awam untuk mempertingkat mutu perkhidmatannya.



Encik Ng, 33 tahun kini bertugas sebagai Pengarah Strategi di wadah penjualan dalam talian itu.



Di tengah-tengah penularan pandemik tahun lalu, apabila sekatan pergerakan dan langkah jarak selamat menjejas banyak perniagaan, Encik Kajie membantu peniaga kecil-kecilan setempat yang kurang mesra teknologi mendekati pelanggan menerusi dalam talian.



Encik Ng telah menghubungkan Carousell dengan Enterprise Singapore (ESG) untuk membantu perniagaan ini, yang termasuk khidmat pindah rumah, khidmat pembersihan rumah dan tukang paip.



Ini mencetus bantuan dalam bentuk pendanaan dari ESG yang diberikan menerusi Pakej Booster CarouBiz, yang dibentuk khas membantu perniagaan yang terjejas itu membangun perniagaan di Carousell.



Sejak enam bulan lalu, Encik Ng dan pasukannya telah membantu 1,000 peniaga kecil-kecilan mendigitalkan perniagaan mereka dan sedang meneruskan usaha dengan ESG untuk membantu lagi beberapa ribu peniaga sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >