Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan pengarah NLB didakwa di bawah OSA bocor maklumat pembukaan fasa kedua tahun lalu

May 20, 2021 | 05:30 AM



SEORANG timbalan pengarah Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) didakwa semalam di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membocorkan maklumat mengenai penyambungan semula kegiatan pada fasa kedua pembukaan semula Singapura Jun tahun lalu.



Chua Wee Lin, 51 tahun, menghadapi satu dakwaan berkongsi maklumat kepada orang yang dia tidak mempunyai kebenaran untuk membuat perkongsian.



Sebagai timbalan pengarah jabatan pengurusan kemudahan dan hartanah NLB, Chua mempunyai akses kepada maklumat tersebut.



Dia didakwa membocorkannya kepada kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada 18 anggota lain pada 11 Jun tahun lalu sebelum pemerintah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.



Polis berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa maklumat sulit itu kemudian disebarkan oleh anggota kumpulan WhatsApp, menyebabkan butirannya tersebar luas sebelum waktu ia sepatutnya didedahkan.



Lagi enam orang yang secara salah menerima dan berkongsi maklumat itu akan diberi amaran tegas, tambah polis.



Chua kini bebas dengan ikat jamin sebanyak $5,000 dan dijangka kembali ke mahkamah 16 Jun nanti.



Akhbar The Straits Times telah menghubungi NLB untuk maklumat lanjut.



Kes terkini ini menyusuli dua kes OSA yang serupa.



Noorain Jubli, 38 tahun, menghadapi dua tuduhan berkongsi maklumat rahsia.



Penolong peribadi kepada Ketua Pengarah Agensi Makanan Singapura (SFA) itu didakwa membocorkan maklumat mengenai penutupan sekolah sewaktu pemutus litar Covid-19 tahun lalu.



Suaminya, Khairul Annuar Zakaria, 39 tahun, hadapi satu tuduhan sama dan satu tuduhan meminta perkongsian maklumat.



Maklumat itu didakwa telah diambil dari draf kenyataan bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Pendidikan (MOE).



Pada April lalu, bekas timbalan ketua di Kementerian Kesihatan (MOH) dituduh membocorkan bilangan kes Covid-19 harian di Singapura sebanyak 22 kali tahun lalu.



Zhao Zheng, 36 tahun, menghadapi 24 tuduhan di bawah OSA.



Turut didakwa bersama Zhao ialah rakannya, Tang Lin, 36 tahun, yang dituduh meminta Zhao memeriksa status seorang pesakit Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >