Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbang Timur Tengah sebagai destinasi pilihan program pertukaran, kenal suai

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, baru-baru ini menggulung lawatannya ke Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar - lawatan pertama yang dibuat oleh menteri Singapura ke rantau itu sejak pandemik. Beliau berkongsi pemerhatiannya mengenai pelbagai isu menyusuli lawatan tersebut dalam satu wawancara dengan BERITA HARIAN.



GOLONGAN pelajar Melayu/Islam perlu melihat ke Timur Tengah secara serius sebagai destinasi pilihan untuk program pertukaran dan kenal suai.



Ini akan memberikan mereka peluang mempelajari mengenai budaya asing, meluaskan pandangan mereka mengenai dunia dan paling penting menjalin hubungan berkekalan yang boleh dibawa ke kehidupan profesional mereka.



Namun, rantau itu tidak seharusnya dilihat dari sudut pengajian agama sahaja, malah dalam bidang-bidang pengajian lain seperti tenaga, teknologi bio dan sains.



Demikian menurut Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, sambil menekankan universiti-universiti di Timur Tengah kini pantas membangunkan reputasi mereka dalam bidang-bidang tersebut.



Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata demikian dalam satu temuramah khas dengan Berita Harian, bagi berkongsi pemerhatiannya menyusuli lawatan baru-baru ini ke Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, iaitu lawatan pertama yang dibuat oleh menteri Singapura ke rantau itu, sejak pandemik.



"Di Abu Dhabi, saya telah melawat Universiti Mohamed Bin Zayed bagi Kecerdasan Buatan (AI) yang menawarkan program PhD dan Sarjana dalam bidang seperti pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa semula jadi dan visi perkomputeran," ujarnya.



Melebihi golongan pelajar, Dr Maliki juga berkata rantau Timur Tengah juga menjanjikan peluang luas bagi masyarakat perniagaan Melayu/Islam setempat.



"...para usahawan kita, termasuk syarikat-syarikat milik peniaga Muslim, harus cuba meneroka peluang melebihi jiran-jiran terdekat Singapura dan menjadikan Timur Tengah antara pasaran yang diterokai.



"Banyak perniagaan Singapura yang telah berjaya (di rantau Timur Tengah) dan agensi-agensi ekonomi kita berusaha gigih untuk menggalak dan menyokong lebih banyak perniagaan meneroka pasaran tersebut," tambah beliau lagi.



Dalam pada itu, mengulas mengenai pertemuannya dengan warga Singapura yang tinggal dan bekerja di rantau itu, Dr Maliki berkata beliau gembira mereka berada dalam keadaan baik dan menyokong satu sama lain dalam masa-masa mencabar ini.



Sebahagian besar juga tidak mempunyai masalah mendapatkan vaksin di negara masing-masing.



"Ramai yang berkongsi keprihatinan mengenai kesukaran dan kos untuk mereka kembali ke Singapura dengan keperluan kuarantin...namun dengan VTL (Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi) yang akan dilancarkan 6 Disember ini, ini menjadi isu yang dapat ditangani," kata beliau.



Bagi pelajar yang beliau temui di Riyadh pula, Dr Maliki berkata beliau mengambil kesempatan untuk berkongsi laporan oleh Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) selain lain-lain program bagi meningkatkan dan memperkukuh keupayaan asatizah yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >