Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: BUKA LEMBARAN BARU

Sandang jawatan ketua cef di restoran, mahu dorong yang senasib buka lembaran baru

Timbul kesedaran semasa di penjara, kini giat bina semula hidup...
Oct 20, 2021 | 05:30 AM



TEMPOH lebih 20 tahun keluar masuk penjara akhirnya menimbulkan kesedaran dan membuat beliau bertanya pada diri sendiri: Sampai bila macam gini?



Sebaik dibebaskan sekitar 2012, Encik Shahruddin Moktar langsung bertekad untuk mulakan lembaran baru dan menunaikan janjinya kepada keluarga - tidak lagi terjebak dalam kancah dadah dan meninggalkan terus kehidupan yang sia-sia itu.



Beliau memutuskan untuk terus mempertingkat kemahirannya dalam bidang kulinari yang sudah lama diminati dan diceburi sebelum beliau mengenal hidup di belakang jeriji besi di penjara.



Kini, sekitar 10 tahun sejak dibebaskan, Encik Shahruddin, 52 tahun, bukan hanya berjaya kekal 'bersih', bahkan bergelar Ketua Cef di Ela, restoran setempat yang menjual hidangan ala Yunani (Greece).



Bukan itu sahaja, Encik Shahruddin juga kini memiliki dua diploma jurusan makanan dan minuman - diploma kulinari dari Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Singapura (Shatec) dan diploma pengurusan makanan dan minuman (F&B) dari SHRM College.



Bercakap dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Shahruddin berkata beliau mula sedar tentang kesilapannya itu semasa di penjara buat kali terakhir



"Bila di dalam (penjara), kita seolah diberi peluang untuk mengenal diri sendiri, belajar apa itu kesilapan, kesusahan.



"Pada masa itu, saya keluar masuk, keluar masuk dan akhirnya terfikir sendiri, sampai bila nak macam gini? Jadi sejak itu saya berjanji untuk buktikan pada diri sendiri, keluarga dan juga orang lain bahawa orang macam saya masih boleh berubah... kami masih boleh berjaya," katanya.



Namun, Encik Shahruddin berkata, walaupun hampir sedekad bebas dan telah membina kehidupan baru di luar penjara, beliau enggan melihat dirinya sebagai 'sudah berjaya' kerana baginya ia masih satu perjalanan yang penuh dugaan yang perlu diharungi dengan penuh komitmen.



Menceritakan pengalamannya, Encik Shahruddin berkata sejak dibebaskan dari penjara beliau berusaha untuk mempertingkat kemahiran dan meraih sijil kelayakan.



Ini kerana beliau sedar pengalaman dalam bidang kulinari tanpa kelayakan rasmi boleh menghambat kerjaya yang ingin dibinanya di dapur.



"Kita tetap tak boleh ke mana-mana kalau tidak ada sijil," kata beliau.



Malah, beliau turut meraih pengalaman dengan bekerja di beberapa restoran berbeza termasuk yang menyediakan hidangan Yunani dan Sepanyol sebelum akhirnya memutuskan untuk menyahut dan menerima tawaran pengasas restoran Ela untuk menjadi ketua cef di situ sekitar tahun lalu.



Dengan pengalaman Encik Shahruddin dalam menyediakan hidangan Yunani di restoran lain sebelum ini, beliau telah ditugaskan untuk mengilhamkan hidangan serupa dengan twist halal dan memenuhi citarasa pelanggan Singapura di Ela.



Selain itu, beliau juga diberi kepercayaan melatih beberapa cef lain, dan pada masa yang sama masih aktif di dapur dalam memastikan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan kekal istimewa.



"Kalau orang Yunani biasanya mereka lebih suka hidangan mereka lebih masin dan lebih manis, mereka juga gemar gunakan arak dalam masakan mereka.



"Jadi di Ela saya cuba sesuaikan rasa itu kepada lidah orang Singapura, tapi pada masa yang sama kita pastikan bahan-bahan tertentu kita dapatkan asli dari sana (Greece)," ujarnya.



Menurut Encik Shahruddin, beliau banyak berkongsi pengalamannya dengan mereka yang senasib, dan berharap dapat mendorong mereka untuk menilai semula keutamaan hidup mereka dan meletakkan matlamat yang jelas dalam hidup.



"Saya sedar masih ada lagi yang berpendapat, kalau dah penagih tu tetap penagih, tak akan ke mana.



"Tapi satu matlamat saya adalah untuk berusaha seberapa boleh untuk majukan diri dan pada masa yang sama buktikan pada mereka yang berpendapat seperti itu bahawa orang seperti kami juga boleh berjaya.



"Kita tak perlu nak cakap banyak... tunjukkan dengan perbuatan dan kerja keras kita... itu yang sebaiknya," tambahnya.



Encik Shahruddin, yang juga bapa kepada tiga anak remaja, akui sesal akan tahun-tahun yang 'terbuang' di dalam penjara dan sedar jika beliau fokus terhadap bidang kulinari, pasti beliau berpeluang mencapai sesuatu lebih baik.



"Tapi orang kata, kita tak seharusnya tumpukan kepada kesilapan yang sudah berlaku, tapi bagaimana kita dapat terus perbetulkan kesilapan itu... perbaiki kehidupan kita dan keluarga," katanya.




HALA TUJU HIDUP KINI LEBIH JELAS



"Tapi satu matlamat saya adalah untuk berusaha seberapa boleh untuk majukan diri dan pada masa yang sama buktikan pada mereka yang berpendapat seperti itu bahawa orang seperti kami juga boleh berjaya. Kita tak perlu nak cakap banyak... tunjukkan dengan perbuatan dan kerja keras kita... itu yang sebaiknya... Tapi orang kata, kita tak seharusnya tumpukan kepada kesilapan yang sudah berlaku, tapi bagaimana kita dapat terus perbetulkan kesilapan itu... perbaiki kehidupan kita dan keluarga."
- Encik Shahruddin Moktar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >