Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbul lagi gambar 'babi halal' palsu

Jan 27, 2014 | 07:15 PM



ENAM tahun selepas gambar palsu ini mula disebarkan menerusi e-mel, FairPrice berkata ia masih menerima pertanyaan mengenai 'babi halal' yang kononnya dijual di pasar raya itu.


FairPrice mengesahkan sekali lagi bahawa gambar itu palsu, dan meminta orang ramai agar tidak menyebarnya, setelah gambar itu timbul lagi di Facebook baru-baru ini.


"Jika anda menerima gambar Babi Segar jenama FairPrice Pasar dengan pelekat Halal, sila ambil perhatian bahawa ia merupakan satu tipu helah yang tidak sensitif dan tidak senonoh," ujar seorang jurucakap FairPrice, menerusi kenyataan terbarunya hari ini (27 Jan).


Beliau berkata gambar palsu itu mula disebarkan pada 2007 menerusi e-mel, dan FairPrice waktu itu sudah pun menjelaskan isu tersebut.


Waktu itu, FairPrice berkata ia sedar implikasi serius gambar tersebut dan telah melaporkannya kepada polis waktu itu.


FairPrice terpaksa menjelaskan lagi isu itu pada 2011 apabila ia dimaklumkan oleh blog 'New Nation' bahawa gambar itu disebar di sebuah laman media sosial.


"Kami sekali lagi ingin memberitahu orang awam bahawa bungkusan asli Babi Segar Pasar tidak mempunyai pelekat halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)," kata jurucakap itu lagi.


Sama seperti maklumat pemakanan bagi barangan lain, FairPrice berkata ia berhati-hati memastikan semua maklumat yang dicetak di bungkusan produk jenamanya adalah tepat dan sah.


Jurucakap FairPrice berharap keterangan ini dapat menjernihkan keraguan kerana pihaknya masih menerima pertanyaan mengenai perkara itu.


Mereka juga meminta orang awam untuk tidak menyebarkan gambar itu lagi untuk mengelak kekeliruan atau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.


Apabila isu 'babi halal' ini mula timbul 2007, Muis telah menyatakan ia memandang serius sebarang perbuatan menyalahgunakan logo halalnya.


Di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla), sesiapa yang menyalah guna tanda pensijilan halal Muis boleh dikenakan hukuman denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.


FairPrice berkata pelanggan yang ada pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 6552 2722 atau menerusi e-mel general.feedback@fairprice.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >