Tindakan AHPETC salahi undang-undang
*Anggota majlis bandaran Parti Pekerja (WP) gagal laksana tugas pastikan aset diurus dengan baik *Penduduk dikenakan bayaran berlebihan sebanyak $6.4 juta sepanjang empat tahun
Feb 13, 2015 | 05:30 AM
MENTERI Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semalam membidas Parti Pekerja (WP) dengan mengajukan pelbagai persoalan yang mempersoal kewibawaan parti itu dalam mengurus Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC).
Menurutnya, kepentingan bercanggah dalam urus tadbir majlis bandaran itu bukan sahaja suatu hal yang serius, malah sama sekali salah dari segi undang-undang.