Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: MELINDUNGI KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA SINGAPURA

Tindakan akan diambil pada penerbitan serang atau hina sebarang agama: MHA

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan membuat penilaian dan mengambil tindakan yang perlu berkenaan penerbitan yang menyerang atau menghina sebarang agama, atau yang boleh dianggap sebagai menghina atau menyerang mana-mana agama, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Kementerian itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan kelmarin berhubung buku berjudul Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, tulisan Dr Cherian George dan Encik Sonny Liew, yang dilarang diedarkan di sini November lalu - sekitar tiga bulan selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat.



Buku itu telah ditolak Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA) kerana mengandungi imej menghina beberapa agama serta tokoh agama termasuk beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad saw yang pernah diterbitkan dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo.



Di Parlimen kelmarin, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, menjelaskan bahawa buku itu dilarang diedar di sini disebabkan kandungannya yang menghina agama dan bukan kerana unsur politik.



MHA berkata imej-imej sedemikian, meskipun jika tujuannya adalah bagi ulasan sosial atau bagi perbincangan mengenai isu penapisan, mempunyai potensi menyinggung pelbagai masyarakat agama.



Kementerian itu menambah bahawa pemerintah akan mengambil tindakan yang perlu, tidak kira sama ada penulisnya berniat menghina atau menyerang mana-mana agama.



"Sama ada dan apakah tindakan yang akan diambil, akan bergantung pada beberapa faktor, termasuk sifat penghinaan, serangan, tahap penerbitan dan kemungkinan kesan terhadap penduduk kita.



"Dalam masyarakat berbilang agama seperti kita, kita mesti secara proaktif melindungi keharmonian agama kita. Kita mesti dan akan campur tangan untuk melindungi semua orang - sama ada daripada kumpulan agama majoriti atau minoriti - daripada ancaman, ucapan berbaur kebencian, ucapan yang sangat menyinggung perasaan, keganasan, dan sebagainya.



"Dalam nada yang sama, individu yang tinggal di Singapura mesti menunjukkan rasa hormat terhadap agama satu sama lain," kata MHA.



Kementerian itu menambah bahawa mereka telah membuat ia jelas bahawa jenis kartun Charlie Hebdo tidak akan dibenarkan diterbitkan di Singapura, tidak kira sama ada kartun itu adalah mengenai agama Kristian, Islam, Buddha, Hindu atau agama lain.



MHA berpandangan bahawa kartun dalam buku Red Lines itu akan amat menyinggung kumpulan agama yang berbeza, tanpa mengira sebab kartun itu diterbitkan dalam buku tersebut dan tanpa mengira niat penulis menerbitkannya.



Kementerian itu turut menekankan bahawa keharmonian berbilang kaum dan agama yang dinikmati di Singapura hari ini bukan satu perkara "aturan semula jadi".



"Ia adalah keadaan di mana kita telah bekerja keras untuk mencapai dan dipupuk dengan teliti selama beberapa dekad," kata MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >