Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tindakan diambil ke atas pegawai polis kerana bergambar sebelah khemah biru yang tutupi mayat

Jun 29, 2022 | 05:51 PM



TINDAKAN akan diambil ke atas seorang pegawai polis selepas dia bergambar bersebelahan khemah biru yang menutupi tubuh seorang wanita yang meninggal dunia.



Foto pegawai itu tersebar dalam talian, menunjukkannya memberi isyarat jari V sambil berdiri dalam kawasan kepungan polis bersebelahan mayat wanita itu.



Kejadian ini berlaku pada Selasa (28 Jun).



Dalam pos Facebook pada Rabu, polis berkata kes itu melibatkan wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di kaki blok.



"Polis telah menghubungi keluarga terdekat wanita itu dan meminta maaf atas tindakan pegawai polis berkenaan.



"Sedang pegawai itu tidak mengambil gambarnya di lokasi kejadian, dia memberi respons yang tidak wajar di hadapan orang ramai yang melihat-lihat di situ.



"Semua pegawai polis dijangka mengekalkan profesionalisme dalam mengurus kejadian sebegini. Polis akan mengambil tindakan dalaman terhadap pegawai ini," jelas polis dalam pos Facebook itu.



Pengguna Facebook, Cik Tracy Lim, yang mendakwa wanita yang meninggal itu adalah ibu saudaranya, telah memuatnaikkan gambar pegawai itu sambil berkata ia tindakan yang tidak boleh diterima dan tidak menghormati keluarga wanita berkenaan.



"Daripada menghormati keadaan yang menyedihkan ini, pegawai polis ini memutuskan ia kejadian yang melucukan dan menganggap situasi itu seakan-akan peristiwa gembira, seperti dia menang piala, satu perlawanan sukan atau hadiah," tulis Cik Lim.



"Apakah mayat ini hadiah buat pegawai polis? Tidakkah ada integriti mengenai bagaimana seorang pegawai polis harus bertindak, khususnya apabila dia sedang bertugas dan menangani kes melibatkan kematian?" tanyanya lagi.



Pada Rabu, dalam satu lampiran pos, Cik Lim menjelaskan polis telah menghubunginya dan meminta maaf.



"Kami menghargai tindakan segera dan jaminan polis mereka akan memperketat kepekaan apabila menangani kes sebegini," katanya lagi.



Cik Lim menambah pihaknya ingin meredakan situasi dan meminta privasi bagi pihak keluarganya sementara mereka menguruskan upacara terakhir buat ibu saudaranya itu.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >