Tindakan ke atas 66 syarikat langgar aturan pengurusan selamat di tempat kerja, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Tindakan ke atas 66 syarikat langgar aturan pengurusan selamat di tempat kerja

Jul 21, 2021 | 05:30 AM

TINDAKAN penguatkuasaan telah diambil terhadap 66 syarikat yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat Covid-19 di tempat kerja.

Ini berlaku setelah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerima lebih daripada 3,500 maklum balas yang berkaitan dengan langkah-langkah pengurusan keselamatan di tempat kerja.

Kementerian itu telah menerima maklum balas sedemikian sejak awal fasa dua (kewaspadaan dipertingkat) pada 16 Mei lalu, ketika majikan diminta untuk melaksanakan kerja dari rumah sebagai aturan bekerja utama.

Setiap kakitangan yang peranannya dapat dilaksanakan dari rumah, perlu bekerja dari rumah.

Antara pelanggaran langkah-langkah pengurusan selamat yang biasa berlaku di tempat kerja adalah gagal memastikan bahawa pekerja yang dapat bekerja dari rumah melakukannya, kata MOM, sambil menyatakan bahawa syarikat yang melanggar langkah-langkah tersebut boleh didenda, atau bahkan diperintahkan untuk menghentikan operasi.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda hingga $1,000 dan pesalah berulang hingga $2,000.

MOM mengingatkan para pekerja bahawa mereka juga mesti mematuhi langkah jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter ketika mereka berada di pejabat.

Perhimpunan sosial di tempat kerja tidak dibenarkan, dan pekerja dikehendaki mengambil masa berehat berseorangan dan secara berperingkat.

Penanda jarak selamat yang jelas juga harus diletakkan di kawasan umum untuk mengurangkan kesesakan, terutama pada waktu sibuk.

Dalam catatan di Facebook semalam, MOM menyatakan bagaimana sebilangan maklum balas ini dapat dielakkan sekiranya majikan telah membuat penyesuaian untuk membolehkan para pekerja mereka bekerja dari rumah atau menyampaikan keperluan operasi mereka dengan jelas.

Kementerian itu juga mengingatkan majikan bahawa kerja dari rumah kekal sebagai aturan kerja utama.

MOM berkata: "Dengan jumlah kes penularan tempatan semakin meningkat, mengehadkan interaksi di ruang awam seperti tempat kerja sangat penting untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19."

Majikan harus menjelaskan dengan jelas kepada para pekerja mereka sekiranya mereka diminta untuk kembali ke tempat kerja.

Langkah ini bagi mereka yang tidak dapat bekerja dari rumah kerana sifat pekerjaan mereka atau yang mesti kembali ke tempat kerja secara ad hoc (sesekali apabila ada keperluan) untuk bekerja.

Para pekerja juga digalakkan untuk menjelaskan masalah mereka dengan majikan mereka.

"Kami memerlukan kerjasama semua pihak untuk memutuskan rangkaian penularan dan memastikan Singapura selamat dan sihat," kata kementerian itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map