Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tindakan pantas majlis bandaran alih pokok tumbang

Faishal hargai usaha Majlis Bandaran Nee Soon demi keselamatan, kemudahan penduduk Yishun; kejadian serupa di Bukit Batok
Jul 14, 2021 | 05:30 AM



SEBATANG pokok besar tumbang di tempat letak kereta di Yishun semalam, di tengah-tengah hujan lebat yang turun beberapa jam di serata negara.



Tiada sesiapa cedera dan tiada kerosakan pada harta benda awam dalam kejadian itu, kata Majlis Bandaran Nee Soon dalam satu pos di Facebook.



Pokok dekat Blok 645 Yishun Street 61 itu tumbang dan menghalang lalu lintas sekitar 8.30 pagi.



Majlis bandaran itu mengatakan pasukan harta benda dan kontraktornya diaktifkan dengan segera untuk mengalihkan pokok itu dan serpihannya, serta mengawal lalu lintas di kawasan itu.



Pokok gantian tidak lama kemudian dibawa ke tapak kejadian, tambah majlis bandaran itu.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata di Facebooknya semalam:



"Terima kasih atas tindakan pantas yang diambil oleh Majlis Bandaran Nee Soon demi keselamatan penduduk kami dan mengurangkan kesulitan.



"Mereka yang berada di jalan raya, terutamanya pemandu penghantaraan makanan, harap jaga selamat dan jaga diri."



Dalam satu lagi kejadian serupa, sebatang pokok setinggi empat tingkat tumbang di atas empat motosikal di tempat letak kereta di Blok 147 Bukit Batok Avenue 4 sekitar 10 pagi semalam, lapor akhbar Lianhe Zaobao.



Pada 1 Julai, Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) mengatakan lebih banyak hujan lebat dijangka pada separuh pertama bulan ini.



Keadaan monsun barat daya yang sedang berlaku bermakna angin tahap rendah dijangka bertiup dari tenggara atau barat daya.



Hujan petir sekejap diramalkan bagi minggu pertama bulan ini, berlaku kebanyakannya antara pagi dengan awal tengah hari.



Angin di rantau ini juga dijangka berkumpul di Singapura dan kawasan sekitarnya. Ini boleh mempengaruhi perkembangan ribut Sumatera - ribut petir - menyebabkan hujan lebat dan angin kencang di Singapura antara subuh hingga pagi.



Pada minggu kedua bulan ini, sebahagian besar hujan lebat dijangka turun sekejap dan secara setempat kerana pemanasan kawasan tanah yang kuat pada waktu siang, kata MSS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >