Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tindakan pantas staf SBS Transit bantu wanita lahirkan anak dengan selamat

Hulur bantuan apabila wanita hamil alami pendarahan di stesen Tampines DTL
Apr 10, 2021 | 05:30 AM



BAGI Cik Siti Rohaniza Muhammad dan ibunya, Cik Rosnah Itam, 13 Mac lalu terukir dalam kenangan sebagai hari amat luar biasa.



Pada hari itu, Cik Siti hamil 33 minggu dan merancang mendapatkan barang-barang bayinya pada saat-saat akhir sebagai persediaan menyambut ketibaannya kelak.



Namun, rancangannya berubah apabila darah tiba-tiba mengalir di kaki Cik Siti sebelum beliau menaiki kereta api di stesen Tampines di Laluan Downtown (DTL).



Meskipun kejadian itu tidak dijangka, ia bukan sesuatu yang mengejutkan beliau.



Menurut Cik Siti, pakar ginekologinya pernah memaklumkan beliau mempunyai masalah uri previa, atau uri di bawah, yang boleh menyebabkan pendarahan teruk tanpa kesakitan semasa mengandung dan melahirkan.



Keadaan itu berlaku apabila kedudukan uri terletak di bahagian bawah rahim dan merentas sepenuhnya atau sebahagian ruang pembukaan serviks, menyebabkan ia tersekat.



"Sebelum itu, saya pernah berkongsi bersama mama bahawa saya pernah dengar cerita wanita hamil bersalin ketika kandungan mereka hanya 32 atau 33 minggu.



"Dan pada masa itu saya sudah 33 minggu hamil tetapi masih beli barang-barang keperluan bayi. Jadi saya pun mengajak ibu saya menemani saya ke Kaki Bukit untuk mendapatkan kereta sorong bayi.



"Sambil menunggu kereta api di stesen Tampines, ibu saya suruh saya duduk. Tetapi saya terasa segumpal darah dan berkata saya tidak boleh duduk," ujar Cik Siti, 27 tahun.



Panik melihat darah berlumuran di lantai, Cik Rosnah bergegas mencari bantuan daripada kakitangan di platform MRT itu.



Dengan suara sebak, Cik Rosnah berkata beliau gementar dan risau sekiranya kejadian tidak diingini terjadi ke atas anak dan bakal cucunya.



"Saya memang takut sangat bila nampak darah itu, bimbangkan anak dan cucu saya. Anak saya ada penyakit anemia dan kejadian itu pernah berlaku.



"Tarikh bersalin dia lama lagi dan bila saya nampak darah itu, saya rasa khuatir kerana tidak dapat jangka apa akan terjadi," kata suri rumah berusia 63 tahun itu.



Bagaimanapun, dua kakitangan SBS Transit, pengurus stesen Alan Lim dan penolong pengurus stesen Jahaber Sadick Sahibappa, membantu menenangkan Cik Rosnah.



"Apabila saya mendengar mengenai kejadian itu daripada kakitangan saya di platform, saya terus menelefon ambulans dan memberitahu Encik Sadick supaya membawa kerusi roda ke platform.



"Selepas itu, saya terus bercakap kepada Siti dan Rosnah supaya duduk dulu, bertenang dan menarik nafas perlahan-lahan," kata Encik Lim ketika ditemui Berita Harian.



Menurutnya, itu antara insiden terbesar yang pernah berlaku di stesen tersebut. Namun, Encik Sadick menambah bahawa mereka sentiasa bersedia menangani sebarang kejadian.



"Selalunya, kes yang kami hadapi tidak serius begitu. Tetapi kami semua memang sudah dilatih memberi pertolongan cemas. Yang penting dalam situasi begitu ialah memastikan ibu dan bayi selamat dengan melakukan tindakan pantas," ujar beliau.



Cik Siti dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan beliau melahirkan seorang bayi lelaki empat hari kemudian.



Semasa bertemu kakitangan SBS Transit buat kali pertama selepas kejadian itu baru-baru ini, Cik Siti melahirkan penghargaan atas usaha mereka membantu beliau dan ibunya.



"Ia meninggalkan kesan besar bagi saya dan anak saya. Ketika kejadian itu, setiap saat adalah penting.



"Saya gembira diberi peluang berjumpa mereka dan mengucapkan terima kasih sekali lagi. Jika tidak mendapat bantuan mereka, saya tidak tahu apa yang mungkin telah terjadi," kata kakitangan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >