Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinggalan rangka beruang kutub Inuka akan dipelihara bagi tujuan pendidikan

Jun 25, 2018 | 05:35 PM



TINGGALAN rangka beruang kutub terakhir Singapura, Inuka, yang mati pada 25 April lalu selepas derita pelbagai penyakit akan dipelihara.



Wildlife Reserves Singapore (WRS) berkata hari ini (25 Jun) bahawa tinggalan rangka haiwan berusia 27 tahun itu akan digunakan bagi tujuan pendidikan.



Inuka, yang dari segi usia manusia berusia sekitar 70 tahun, mengalami pelbagai penyakit berkaitan usia senja termasuk artritis, masalah gigi dan jangkitan telinga sepanjang lima tahun lalu.



Satu pemeriksaan kesihatan pada 3 April lalu menunjukkan bahawa keadaan kesihatannya bertambah teruk.



Taman Haiwan Singapura berkata Inuka telah 'ditidurkan' atas dasar ihsan dan kemanusiaan, setelah pemeriksaan susulan yang dilakukan ke atasnya pada 25 April mendapati kesihatannya tidak menunjukkan sebarang tanda menjadi lebih baik meskipun telah menjalani rawatan intensif.



WRS berkata hari ini mereka telah menjalankan autopsi penuh ke atas Inuka dan hasil dapatannya mengesahkan telahan pakar haiwan sebelum kematian beruang kutub itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >