Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkat akses khidmat kesihatan mental, kurangi kos: Wan Rizal

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu meningkatkan akses dan mengurangkan kos serta waktu menunggu bagi khidmat kesihatan mental, kata Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), yang turut mengemukakan cadangan bagi mempertingkat sokongan untuk mereka yang mengalami isu kesihatan mental.



Dalam perbahasan ucapan Presiden pada Selasa, beliau menggesa pemimpin masyarakat supaya bekerjasama rapat dengan pertubuhan akar umbi dan penduduk untuk membangunkan program kesihatan yang sesuai mengikut keperluan unik masyarakat, sebagai sebahagian daya usaha SG Lebih Sihat.



Mengulas tentang isu kesihatan mental, Dr Wan Rizal berkata kemampuan dan kesediaan khidmat kesihatan mental boleh dipertingkat menerusi subsidi pemerintah dan meluaskan khidmat sedemikian di kawasan kejiranan.



Seterusnya, Singapura harus terus melabur dalam pencegahan yang memberi tumpuan kepada campur tangan awal.



"Dengan menyediakan pendidikan kesihatan mental di sekolah dan institut pengajian tinggi dan melengkapi kakitangan khusus bersama sumber serta kemahiran yang diperlukan, kita boleh mengenal pasti dan menyokong pelajar berisiko mengalami isu kesihatan mental," ujarnya.



Selain itu, beliau berkata pemerintah perlu terus membiayai dan meningkatkan pembiayaan bagi penyelidikan kesihatan mental.



Penyelidikan boleh membantu dalam pembangunan strategi campur tangan dan pencegahan berkesan.



Ia juga boleh mengenal pasti ruang yang boleh diperbaiki dalam khidmat kesihatan mental dan membantu dalam pembangunan dasar serta program yang dapat memenuhi keperluan individu dengan lebih baik.



Mengenai inisiatif SG Lebih Sihat, Dr Wan Rizal percaya usaha itu akan meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan ketara.



"Kesihatan adalah tanggungjawab peribadi kita masing-masing. Adalah suatu amanah untuk menjaga kesihatan diri supaya kita dapat mencegah serangan penyakit kronik dan menjalani mutu hidup yang lebih baik.



"Apabila kita sihat, kita boleh menyokong keluarga dan masyarakat kita dengan lebih baik," ujarnya.



Mengenai pendidikan, beliau berkata perlu ada sistem pendidikan yang menyediakan pelbagai peluang bagi kejayaan.



"Akhirnya, kita, sebagai sebuah masyarakat, perlu menyedari bahawa kejayaan bukan hanya tentang gred malah juga tentang membangunkan perwatakan, nilai dan kemahiran hidup," katanya.



Dalam usaha pemerintah menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kemahiran, beliau menambah bahawa pemerintah perlu mencari cara memastikan kursus yang ditawarkan lebih mudah diakses, serta memberi tumpuan kepada kerelevanan dan mutunya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >