Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAJLIS ANUGERAH BIASISWA BERSAMA SPH MEDIA & YAYASAN SPH

Tingkat bajet biasiswa, SPH Media usaha hasilkan wartawan berkualiti

Aug 26, 2022 | 05:30 AM



SPH Media akan meneruskan usaha untuk mendapatkan bakat-bakat yang mengambil berat tentang masa depan kewartawanan di Singapura, berkeinginan untuk berusaha menyelesaikan masalah yang mencabar dan berkeinginan meneroka cara baru dalam penceritaan melalui digital.



Itulah yang ditekankan oleh Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, dalam ucapannya di Majlis Anugerah Biasiswa Bersama SPH Media dan Yayasan SPH petang semalam.



Menurut Encik Khaw, SPH Media telah melancarkan semula biasiswanya tahun ini dengan bajet yang lebih tinggi dan telah mendapat sambutan baik yang boleh kelihatan dari peningkatan dalam bilangan pemohon dan calon bagi biasiswa-biasiswa itu.



Beliau juga menyatakan bahawa bajet yang lebih tinggi itu bertujuan untuk mendapatkan dan mengekalkan bakat dan juga menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa SPH Media serius dalam meneruskan misi mereka.



"Kami sedang mengusahakan untuk menghasilkan kewartawanan yang berkualiti dan tanpa bakat yang mempunyai nilai yang tinggi, kewartawanan yang baik tidak boleh didapati dan warga Singapura tidak akan mendapatkan kandungan yang berbaloi dengan apa yang mereka bayar.



"Oleh itu, ia bergantung kepada keupayaan kami untuk merekrut dan mengekalkan bakat untuk menyertai SPH Media dalam misi kami ini," ujar beliau.



Sekitar 126 pemohon telah diterima, tiga kali ganda dari 2021 di mana hanya 44 pemohon diterima bagi Biasiswa SPH Media.



Melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk ujian bertulis, temu duga, latihan amali, dan penilaian pasca latihan, 12 daripada mereka telah dianugerahkan Biasiswa Kewartawanan SPH Media semalam.



Encik Khaw juga menyatakan bahawa Ketua Editor Kumpulan Media Cina (CMG), SPH Media Trust, Cik Lee Huay Leng, turut berasa gembira kerana terdapat calon-calon tempatan yang berkualiti dan telah menamatkan latihan amali mereka di bilik berita dengan penilaian yang sangat baik oleh penyelia mereka.



Selain melancarkan semula program biasiswa itu, Encik Khaw juga berkongsi mengenai Akademi SPH Media yang telah ditubuhkan tahun ini untuk melatih wartawan SPH Media dan membantu mereka mengasah kemahiran digital mereka.



Akademi itu juga telah menandatangani perjanjian dengan Institut Kewartawanan Reuters di Universiti Oxford, dan buat kali pertama, Editor Bersekutu Kandungan Digital akhbar Cina Lianhe Zaobao, Encik Ng Soon Kiat, dan Koresponden Kanan Politik, akhbar The Straits Times, Encik Tham Yuen-C, akan berpeluang untuk menyertai fellowship itu.



"Melalui pengalaman dengan rakan sebaya dan pemimpin di bilik berita, peluang persahabatan sedemikian membolehkan wartawan kami memperoleh perspektif baru yang akan memberi manfaat kepada bilik berita kami," ujar beliau.



Sebanyak tiga biasiswa berbeza telah dianugerahkan semalam di Majlis Anugerah Biasiswa Bersama SPH Media dan Yayasan SPH iaitu Biasiswa Kewartawanan SPH Media, Biasiswa SPH Media untuk Kanak-Kanak Pekerja yang Berkhidmat, dan Biasiswa Yayasan SPH Lim Kim San Memorial.



Yayasan SPH telah menaja Biasiswa Memorial Lim Kim San kepada 12 pelajar untuk membantu mereka mengikuti impian dan cita-cita mereka.



Para pelajar yang menerima biasiswa itu menunjukkan kecemerlangan dari segi akademik, berdaya tahan dan menunjukkan kematangan dalam mengatasi kesusahan walaupun mereka menghadapi keadaan yang mencabar dalam kehidupan peribadi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >