Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkat gred F9 ke B3 dalam hanya sebulan

Aug 30, 2018 | 05:30 AM



Dua pelajar ini mengatasi kegagalan lalu dalam subjek matematik untuk mendapat gred lebih baik dalam peperiksaan. Mereka merupakan antara 517 pelajar yang menerima Anugerah Tuisyen Bersama anjuran Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani (EA), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Yayasan Mendaki baru-baru ini. Apakah rahsia mereka? Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).



DALAM masa hanya sebulan, Muhammad Shakir Shiraj Abdullah telah mengubah gred F9 yang diperolehinya bagi subjek Matematik dalam peperiksaan 'prelim' kepada gred B3 dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' tahun lalu.



"Saya merenung nasib ini... dan berbisik dalam hati bahawa saya tidak mahu gagal selama-lamanya lebih-lebih lagi setelah ibu saya membuat pelbagai pengorbanan selama ini," ujar Shakir, 17 tahun.



Itulah yang menjadi pendorong bekas pelajar Sekolah Menengah Orchid Park itu sekitar sebulan sebelum dia menghadapi peperiksaan GCE 'O' tahun lalu.



Shakir membulatkan tekad untuk meningkatkan prestasinya.



Dia membuat latihan dengan menghabiskan kesemua 10 kertas peperiksaan tahun-tahun lalu dalam "Siri 10 Tahun".



Malah, dia membuat latihan setiap kertas peperiksaan itu berulang kali untuk memahami jenis soalan yang mungkin timbul dalam peperiksaan.



Selain itu, dia berlatih dengan membuat kertas peperiksaan sekolah lain.



Usaha gigih Shakir itu mendatangkan hasil apabila beliau meraih B3 untuk subjek Matematik di peperiksaan GCE 'O'.



Secara keseluruhannya, beliau meraih 17 mata bagi kiraan L1R4, dan kini merupakan pelajar tahun pertama di Institut Millennia.



Sebelum ini, dia pernah meraih agregat lebih 30 mata dan gagal banyak subjek peperiksaan.



Shakir, yang menyertai Skim Tuisyen Mendaki sejak di sekolah rendah, menerima anugerah bagi kemajuannya itu di Anugerah Tuisyen Bersama baru-baru ini.



Anak bongsu dalam keluarga empat beradik itu gembira dapat membanggakan ibunya Cik Farhana Ibrahim yang bertungkus lumus untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga sebagai seorang ibu tunggal.



Shakir turut menghargai bimbingan tutor di Mendaki yang memberinya perangsang untuk bekerja kerjas.



"Meskipun kami belajar secara berkumpulan dalam kelas tuisyen Mendaki, guru kami tetap membuat penyesuaian untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza setiap pelajar," ujar Shakir, yang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam.




"Saya merenung nasib ini... dan berbisik dalam hati bahawa saya tidak mahu gagal selama-lamanya lebih-lebih lagi setelah ibu saya membuat pelbagai pengorbanan selama ini."
- Muhammad Shakir Shiraj Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >