SEKITAR 100 belia dan penduduk Melayu telah mengikuti program Sesi Pembelajaran berkaitan Kesejahteraan Perubatan Cina Tradisional (TCM) di Pusat Masyarakat Bishan North, kelmarin.
Program yang dilancarkan bersama antara Persatuan Rakyat (PA) dan Persatuan Ahli Farmasi Cina Singapura itu bertujun meningkatkan lagi kesedaran pelbagai kegunaan herba dalam masyarakat, selain mengongsi pengetahuan asas herba Cina dan kesejahteraan TCM kepada masyarakat Melayu dan generasi muda.