Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Tingkat kemahiran, kekal relevan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tingkat kemahiran, kekal relevan

Nov 18, 2020 | 05:00 AM

Saya seorang lulusan Kejuruteraan Elektronik dari sebuah universiti di Australia. Sebelum itu, saya merupakan lulusan Politeknik Ngee Ann. Saya juga memiliki Sarjana dalam Pengurusan Kejuruteraan. Saya meninggalkan industri kejuruteraan lebih sedekad lalu untuk bekerja sendiri. Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya mahu kembali ke industri namun sudah agak ketinggalan. Bolehkah saya kembali bekerja dalam industri ini?

Pertama sekali, anda perlu melakukan kajian mengenai sektor berkenaan, mengenal pasti peranan yang ingin anda lakukan, apakah syarat-syarat pengambilan pekerja dan menilai sama ada anda mempunyai keupayaan, kemahiran, pengalaman dan ciri-ciri yang diperlukan. Bina rangkaian dengan pekerja-pekerja dalam industri untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jangkaan majikan. Tidak pernah terlalu lambat untuk menyertai semula pasaran pekerjaan, selagi anda bersedia mempelajari kemahiran baru, mempamerkan kepada bakal majikan yang anda memiliki kemahiran yang boleh dipindahkan dan mampu menyesuaikan diri kepada sekitaran pekerjaan baru.
Pasaran pekerjaan Singapura mempunyai beberapa program yang boleh anda pertimbangkan sementara mencari peluang yang sesuai. Untuk menyertai semula industri, anda boleh mempertimbangkan Program Penukaran Profesional (PCP). Menerusi PCP anda akan mengikuti latihan yang diiktiraf industri untuk mempersiap diri anda bagi peranan dalam kejuruteraan elektronik. Kini, terdapat sekitar 100 PCP meliputi hampir 30 sektor bagi membantu mereka yang mencari pekerjaan membuat pertukaran ke bidang-bidang dan sektor yang memiliki peluang perkembangan yang baik. Anda juga boleh mencuba Program Pelatih Pertengahan Kerjaya SGUnited. Ini adalah peluang bekerja sambil berlatih bagi anda memahami industri dan bidang pekerjaan sekali lagi. Bagi individu yang menunjukkan prestasi yang baik, syarikat mungkin menawarkan pekerjaan sepenuh masa. 
Jika anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh menghubungi hotline kami, atau berbincang dengan pegawai Careers Connect di 6883 5885.

Saya pernah bekerja sebagai pegawai jaminan mutu yang diberhentikan beberapa tahun lalu. Sejak itu, saya memandu teksi sambil melakukan perniagaan kecil-kecilan. Perniagaan saya teruk terjejas dan saya kini mahu kembali bekerja. Bagaimanakah saya boleh memastikan diri saya relevan? Saya bekerja dalam industri minyak dan gas sebelum ini. 
Sekiranya saya mengikuti Program Penukaran Profesional (PCP), adakah saya akan ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dengan syarikat itu setelah tamat latihan?

Ada dua cara bagi menyertai Program Penukaran Profesional (PCP). Di bawah Program Penempatan dan Latihan, PMET yang sedang mencari pekerjaan digajikan oleh majikan yang menyertai program tersebut dan diletakkan di bawah program latihan bagi peranan baru. 
Satu lagi adalah Program Bekerja Sambil Berlatih di mana mereka yang mencari pekerjaan disediakan peluang bekerja sambil berlatih oleh penyedia latihan dan majikan. Majikan yang bertindak sebagai hos itu mungkin akan menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada individu yang menunjukkan prestasi yang baik setelah tamat program. 

Ramai penganalisis yang menjangkakan industri penerbangan hanya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun. Adakah ini ramalan yang tepat? Sebagai seorang yang bekerja dalam industri ini, apakah yang harus saya lakukan? Saya masih mempunyai pekerjan sekarang. Bolehkah saya mengikuti program latihan semula sambil terus kekal bekerja?

Ekoran ketidaktentuan disebabkan pandemik COVID-19, pemulihan industri penerbangan terus menjadi tanda tanya. Justeru, anda harus memikirkan dengan mendalam mengenai kerjaya anda sekarang dan merancang untuk masa depan.
Lakukan penilaian terhadap nilai-nilai kerjaya dan minat anda bagi memastikan sama ada anda mahu kekal dalam industri penerbangan. Jika jawapannya adalah ‘ya’, anda harus meneliti trend-trend dan bidang yang sedang berkembang, dan jawatan yang diperlukan dalam industri itu dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk melakukan peranan tersebut. Banyak syarikat sekarang yang menawarkan pilihan menukar kemahiran bagi kakitangan yang mahu mempelajari kemahiran baru dalam bidang kerja yang berkembang, justeru manfaatkan program ini jika ada. Sebagai alternatif, anda mungkin mahu meneroka laman web MySkillsFuture bagi kursus yang tersedia dalam bidang yang anda minati. Banyak pertubuhan penyedia latihan atau institut pengajian tinggi kini menyediakan kelas selepas waktu kerja yang boleh dimanfaatkan supaya ia tidak menjejas pekerjaan anda sekarang. 
Jika anda dapati bahawa anda berminat melakukan pertukaran kerjaya, anda mungkin mahu mengenal pasti industri yang anda minati, melihat trend-trend yang sedang berkembang dan memahami kemahiran yang diperlukan untuk melakukan peranan-peranan tersebut. Anda juga mungkin mahu mencuba program pertukaran dan pelatih yang disediakan seperti Program Penukaran Profesional (PCP) atau Program Pelatih Pertengahan Kerjaya SGUnited untuk membantu anda membangunkan kemahiran industri yang relevan dan memasuki bidang-bidang kerja baru. 

Saya berminat mengikuti Program Pelatih yang berkaitan dengan teknologi, tetapi saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan teknologi. Bagaimana boleh saya membangunkan kemahiran saya supaya saya dapat dipadankan dengan majikan atau pekerjaan berkaitan teknologi?

Sila lungsuri portal MyCareersFuture kerana mungkin ada peluang kerja yang tersedia yang tidak memerlukan latar belakang teknologi. Pertimbangkan juga untuk memohon bagi peluang-peluang pekerjaan ini sementara anda berusaha membangunkan kemahiran berkaitan teknologi. Jika anda berusia 25 tahun dan ke atas, anda boleh menggunakan kredit SkillsFuture untuk mengambil kursus berkaitan teknologi. Lungsuri myskillsfuture.sg untuk senarai kursus. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3