Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkat kesedaran penyakit kencing manis lalui peraduan puisi

Apr 25, 2021 | 05:30 AM



MENDEKATI dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis melalui puisi.



Hasil pertandingan menulis puisi dalam bahasa Melayu dilancarkan pertengahan bulan ini, Diabetes Singapura menerima lebih 350 penyertaan.



Tiga kategori dipertandingkan iaitu belia (berusia 15-35 tahun), dewasa (36-59 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas).



Tempat pertama bagi kategori dewasa dimenangi Cik Norlila Abdul Ghani, seorang guru bahasa Melayu dari Sekolah Rendah Dazhong.



Meskipun pernah menyertai pertandingan puisi sebelum ini, beliau berkongsi pertandingan yang dianjurkan oleh Diabetes Singapura ini agak berbeza.



"Kebanyakan puisi atau pantun yang pernah saya tulis adalah berdasarkan topik yang agak luas.



"Namun, dengan topik ini saya rasa agak tercabar untuk menyebarkan mesej mengenai penyakit ini dengan cara yang halus serta mengingatkan masyarakat mengenai betapa seriusnya penyakit ini," kata Cik Norlila, 44 tahun.



Bagi kategori belia, pemenangnya ialah Cik Nur Zukhairiah Hamdan, 31 tahun, manakala kategori warga emas adalah Cik Kamaria Buang, 63 tahun.



Mengulas mengenai inisiatif pertandingan itu dalam acara penyampaian anugerah di Wisma Geylang Serai (WGS) kelmarin, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, berkata ia adalah satu inisiatif baik untuk terus menjangkau masyarakat melalui cara yang alternatif.



"Isu penyakit kencing manis adalah satu cabaran bagi masyarakat Melayu sejak sekian lama.



"Perkara ini bukan sesuatu yang mudah kerana kebanyakannya berkaitan dengan gaya hidup dan diet yang ramai sudah biasa melakukannya.



"Mudah-mudahan dengan cara alternatif ini, ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis. Puisi adalah satu cara inovatif untuk membuat orang merenung mesej penting dan menghargai bahasa dan budaya Melayu," jelasnya.



Tambahnya, usaha memerangi kencing manis boleh dikembangkan ke cara lain juga untuk melibatkan masyarakat Melayu dan meningkatkan kesedaran betapa seriusnya penyakit ini dengan lebih baik pada masa akan datang.



Ini termasuk mengeluarkan lagu ataupun 'jingle' yang mempunyai mesej memerangi penyakit kencing manis supaya lebih mudah diingati orang ramai.



Diabetes Singapura, sebuah badan bukan mencari untung (NPO) yang menyediakan pendidikan, sokongan dan kaunseling untuk pesakit kencing manis dan keluarga mereka, berkata mereka telah memilih puisi sebagai cara alternatif kerana ia sesuai dengan masyarakat Melayu.



Pengarah Eksekutif Diabetes Singapura, Encik Satyaprakash Tiwari, berharap kaedah itu dapat menyampaikan mesej penting itu kepada orang ramai dengan cara yang menarik.



"Puisi selalunya dihasilkan dengan kreativiti. Ia adalah sesuatu yang ringkas tetapi mempunyai mesej yang berat, jadi apabila orang membacanya mereka dapat merenung maknanya dengan lebih baik berbanding membaca sebuah teks yang panjang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >