Tingkat kesedaran warga tua tentang kesihatan

DALAM usaha meningkat kesedaran penduduk warga tua mengenai pentingnya pemeriksaan pencegahan bagi kesihatan dan pengurusan kesihatan menyeluruh, satu acara kemasyarakatan besar-besaran diadakan Sabtu.

Jawatankuasa Eksekutif Belia (YEC) daripada empat kelab masyarakat (CC) - Anchorvale, Ci Yuan, Teck Ghee, dan Yio Chu Kang - bergabung membawa acara Live Healthy, Stay Happy! (Hidup Sihat, Kekal Bahagia) itu bagi membantu warga emas agar prihatian terhadap kesihatan mereka.