Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDEBATAN KERTAS PUTIH BAGI PEMBANGUNAN WANITA

Tingkat sokongan jagaan menyeluruh warga emas dalam masyarakat

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) merancang meningkatkan sokongan dan menyediakan penjagaan menyeluruh bagi warga emas yang tinggal dalam masyarakat.



Dengan cara ini, penjaga boleh terus menjaga warga emas, termasuk mereka yang mempunyai keperluan penjagaan lebih tinggi, dalam masyarakat dan bukan di rumah jagaan, kata Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Beliau menyertai debat berkenaan Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita di Parlimen semalam.



Dengan saiz isi rumah yang semakin kecil dan kurangnya anggota keluarga yang boleh berkongsi beban penjagaan, sesetengah keluarga mungkin memilih menghantar orang tua mereka ke rumah jagaan.



Namun, rumah-rumah jagaan harus dikhaskan bagi mereka yang mempunyai keperluan penjagaan tertinggi dan tiada sokongan keluarga, kata Cik Rahayu.



"Kita perlu membina rangkaian perkhidmatan dan struktur sokongan yang ada pada hari ini untuk menjaga warga emas di rumah dengan lebih baik.



"Sesetengah warga emas mungkin tidak dapat bergerak banyak dan memerlukan lebih banyak bantuan dengan aktiviti kehidupan harian sepanjang hari.



"Oleh itu, MOH sedang meneroka sokongan masa depan lebih lanjut untuk meningkatkan ekosistem penjagaan," ujar beliau.



Turut menyertai perdebatan kertas putih itu, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata lebih banyak harus dilakukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap geran bagi penjaga termasuk Geran Penjagaan di Rumah (HCG).



"Bagaimana kita memastikan para penjaga sedar akan sokongan yang tersedia dan bukan hanya menanyakan tentangnya apabila mereka tiada jalan lain?



"Adakah kita mempunyai program pendekatan yang efektif untuk menyokong para penjaga?



"Bagaimana kita dapat mendekati para penjaga agar mereka tidak rasa keseorangan?" tanya Encik Sharael.



Menyentuh isu kewangan penjaga, Cik Rahayu berkata, pemerintah akan menggandakan HCG daripada $200 kepada $400 sebulan, dengan lebih banyak bantuan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.



Ini demi mengiktiraf sumbangan penjaga dan mengurangkan lagi kos penjagaan, katanya.



Cik Tin Pei Ling (MacPherson) pula menekankan kepentingan meningkatkan khidmat jagaan sementara untuk mengurangkan keletihan penjaga.



Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) berkata, adalah penting bagi geran dan sokongan diberikan tanpa mengira jantina penjaga.



"Ini agar jika penjaga di rumah merupakan lelaki, geran dan sokongan juga dapat diberikan kepada mereka.



"Lebih dari itu, saya rasa adalah amat membantu jika kita mempunyai rangkaian sokongan yang khusus bagi penjaga lelaki kerana mereka mungkin berdepan dengan stigma yang berbeza daripada penjaga wanita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >