Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

'Tingkat' zakat sewaktu Ramadan

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



RAMADAN waktunya ramai yang merebut peluang meningkatkan ibadah di samping menambah kebajikan.



Dengan demikian, Muis turut mempertingkatkan usaha mendekati masyarakat dan menggalak mereka menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.



Antaranya adalah menerusi saluran zakat, yang merupakan satu daripada rukun Islam - kewajipan sosial yang memperkukuh masyarakat.



Dalam pada itu, Muis baru-baru ini mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ialah $5.10 bagi kadar biasa dan $7.50 bagi kadar lebih tinggi untuk seorang.



Kadar zakat fitrah ditentukan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Muis dengan menggunakan harga purata 2.3 kilogram gred beras yang merupakan makanan utama masyarakat Islam di Singapura.



Pada 2005, Muis memperkenalkan kadar zakat fitrah dua peringkat untuk mempermudahkan urusan pembayaran zakat bagi mereka yang ingin membayar lebih daripada kadar biasa berdasarkan pemakanan gred beras yang lebih tinggi.



Orang ramai boleh memilih kadar yang bersesuaian dengan pemakanan harian mereka, dan zakat fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadan dan paling lewat pada pagi Hari Raya sebelum solat Aidilfitri.



Bagaimanapun, masyarakat Islam dinasihati supaya membuat pembayaran awal.



Masyarakat Islam setempat digalak untuk menunaikan kewajipan zakat secara digital melalui kaedah dalam talian menerusi portal zakat yang telah dipertingkatkan di www.zakat.sg.



Mereka juga boleh membayar zakat fitrah melalui salah satu cara berikut:



1) Mesin AXS di seluruh negara

2) Bayaran dalam talian menerusi laman web DBS/POSB https://internet-banking.dbs.com.sg dan CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.sg

3) Pemindahan wang di ATM DBS/POSB

4) Secara tunai atau NETS di pejabat Muis dan masjid-masjid tertentu

5) Cek yang dibayar kepada Muis.



Lungsuri www.zakat.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >