Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkatkan nilai pekerjaan gaji rendah di mata masyarakat

Usaha naikkan pendapatan bukan sahaja soal produktiviti, bahkan soal nilai, kata pakar
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



BANYAK lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan nilai di mata masyarakat terhadap pekerjaan yang dilakukan pekerja bergaji rendah.



Ini sedang perbincangan tentang sokongan bagi golongan ini juga kian berubah, bukan sahaja tentang keperluan meningkatkan produktiviti, bahkan nilai yang diletakkan masyarakat ke atas pekerjaan ini serta nilai keadilan dalam membayar gaji yang munasabah.



Demikian pengamatan pakar ekonomi dan industri, serta pemimpin kesatuan sedang pemerintah kini merancang untuk meningkatkan sokongan bagi pekerja gaji rendah.



Presiden Persatuan Keselamatan Singapura (SAS), Encik Joshua Raj Thomas, menarik perhatian bahawa masyarakat masih memandang rendah nilai pekerjaan bergaji rendah. Oleh itu, beliau mengalu-alukan perbincangan terhadap nilai pekerjaan yang dilakukan golongan pekerja ini.



"Kami gembira perbincangan (tentang pekerja gaji rendah) telah berubah daripada tumpuan terhadap meningkatkan produktiviti untuk mewajarkan kenaikan gaji LWW (pekerja gaji rendah), kepada pemahaman bahawa nilai LWW di mata masyarakat adalah kurang daripada yang sepatutnya," kata Encik Thomas, yang juga seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



ISU JANGKAU KEMAHIRAN INDIVIDU



Pakar ekonomi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Dr Walter Theseira, berkata terdapat faktor lain dalam masyarakat dan ekonomi yang boleh menjejas gaji, dan ini menjangkau kemahiran individu.



"Kami telah melihat perubahan yang perlahan daripada pemikiran bahawa LWW menerima gaji rendah kerana kekurangan kemahiran, produktiviti atau keupayaan, kepada pemikiran yang menerima bahawa beberapa sebab di sebalik gaji rendah itu tidak berkaitan dengan kemahiran individu, tetapi berkaitan dengan dorongan dalam ekonomi dan masyarakat seperti diskriminasi terhadap kerja gaji rendah dan persaingan daripada pekerja asing.



"Sebaliknya, ramai juga akur gaji tinggi tidak hanya ditentukan oleh keupayaan individu. Justeru, tidak adil bagi pekerja gaji rendah untuk 'buktikan' mereka layak menerima gaji lebih tinggi," ujar Dr Theseira.



KESEDARAN MASYARAKAT



Pandemik ini juga telah menyerlahkan peranan penting yang dimainkan pekerja gaji rendah, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Abdul Samad Abdul Wahab.



"Pandemik telah menunjukkan bahawa pekerja LWW meluangkan lebih banyak masa di kerja secara fizikal berbanding orang lain.



"Memandangkan mereka meletakkan diri mereka dalam risiko dan melihat gaji mereka yang tidak seberapa, ini harus mendorong kita untuk beri komitmen dan ambil langkah agar pekerja itu tidak kekal lama dalam golongan ini," kata Encik Abdul Samad, yang juga seorang NMP.



Dalam pandemik ini, ramai juga yang kian sedar mengenai peranan penting pekerja dalam perkhidmatan sektor penting, temasuk pekerja pembersihan, kata Anggota Parlimen (AP) gerakan buruh, Encik Fahmi Aliman.



"Terdapat keperluan bagi kita untuk terus memupuk kesedaran agar orang ramai akan terus menyokong pekerja perkhidmatan penting kerana mereka bekerja keras di baris depan.



"Kerja pembersihan dipertingkat semasa pandemik ini," kata Encik Fahmi, dalam satu wawancara dengan Berita Minggu sebelum ini.



Isu tentang pekerja bergaji rendah serta cara untuk meningkatkan pendapatan mereka telah mendapat perhatian di peringkat nasional dalam beberapa tahun lalu.



Dalam Amanat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah akan memberikan lebih banyak bantuan kepada golongan tersebut bagi menghadapi krisis Covid-19 dan juga mempertingkat kemahiran dan memperbaiki kehidupan mereka.



Sebuah kumpulan kerja tiga pihak sedang melakarkan saranan tambahan kepada skim Daya Kerja - yang menokok gaji pekerja bergaji rendah - serta Model Gaji Progresif (PWM), yang mewujudkan peluang bagi golongan tersebut meningkatkan kemahiran.



PWM DAN GAJI MINIMUM



PWM, yang diperkenalkan pada 2012, diwajibkan dalam tiga sektor - pembersihan, landskap dan keselamatan - dan kini merangkumi 85,000 pekerja.



PWM menyediakan struktur gaji yang membantu pekerja bergaji rendah meraih pendapatan lebih tinggi dengan meningkatkan kemahiran dan produktiviti.



Model gaji itu kini sedang diperluas kepada sektor lain, termasuk perkhidmatan makanan dan runcit, untuk merangkumi 218,00 pekerja.



Julai lalu, pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, menyarankan agar Singapura mengkaji secara serius gaji minimum sederhana yang dapat melengkapi PWM yang ada sekarang.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata kemudian bahawa kumpulan kerja tiga pihak yang meninjau isu pekerja gaji rendah itu itu sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan.



"Kami tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Saya fikir saya telah berkata sebelum ini bahawa pemerintah tidak pernah berideologi dalam hal ini, justeru kami akan melihat pelbagai kemungkinan dalam semakan kami sebahagian daripada kumpulan kerja itu," ujar Encik Zaqy.



SOKONGAN MAMPAN, SOKONGAN MASYARAKAT



Profesor Madya Terence Ho daripada Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew berkata satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah memastikan sokongan kepada pekerja gaji rendah itu dilakukan secara mampan, serta berkaitan dengan produktiviti dan kemahiran.



Sokongan itu juga harus membantu meningkatkan prospek kerjaya bagi golongan ini.



"Sokongan bagi pekerja gaji rendah mesti mengatasi kedua-dua keperluan jangka pendek dan panjang mereka, termasuk kemahiran bagi ekonomi digital," kata Profesor Madya Ho.



Beliau berharap untuk melihat bukan sahaja perkembangan dari segi usaha membantu pekerja bergaji rendah, bahkan langkah untuk membantu pekerja yang bekerja sendiri.



Dr Theseira berkata dilihat dari segi sejarah, langkah meningkatkan PWM 'terlalu pantas' menjadi satu keprihatinan kerana terdapat kebimbangan ia akan memberi tekanan kepada kos sara hidup dan perniagaan, dan boleh mewujudkan pengangguran dan kerugian perniagaan.



"Tetapi nampaknya kita telah sedar bahawa banyak pekerjaan LWW ini amat diperlukan, dan oleh itu kurang kemungkinan akan ada kesan pengangguran daripada kenaikan yang munasabah dalam PWM.



"Kemungkinan juga akan ada sokongan lebih tinggi untuk memberi gaji yang adil kepada LWW, meskipun ini mungkin membawa kepada perubahan dari segi kos," ujar Dr Theseira.



Satu tinjauan yang dijalankan akhbar The Straits Times tahun lalu menunjukkan sekitar lapan dalam 10 warga Singapura bersedia untuk membayar lebih bagi perkhidmatan penting seperti pembersihan atau keselamatan jika jumlah tambahan itu disalur kepada pekerja.




"Kami tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Saya fikir saya telah berkata sebelum ini bahawa pemerintah tidak pernah berideologi dalam hal ini, justeru kami akan melihat pelbagai kemungkinan dalam semakan kami sebahagian daripada kumpulan kerja itu."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



"Tetapi nampaknya kita telah sedar bahawa banyak pekerjaan LWW ini amat diperlukan, dan oleh itu kurang kemungkinan akan ada kesan pengangguran daripada kenaikan yang munasabah dalam PWM. Kemungkinan juga akan ada sokongan lebih tinggi untuk memberi gaji yang adil kepada LWW, meskipun ini mungkin membawa kepada perubahan dari segi kos."
- Pakar ekonomi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Dr Walter Theseira.



"Kami gembira perbincangan (tentang pekerja gaji rendah) telah berubah daripada tumpuan terhadap meningkatkan produktiviti untuk mewajarkan kenaikan gaji LWW (pekerja gaji rendah), kepada pemahaman bahawa nilai LWW di mata masyarakat adalah kurang daripada yang sepatutnya."
- Presiden Persatuan Keselamatan Singapura (SAS), Encik Joshua Raj Thomas.



"Terdapat keperluan bagi kita untuk terus memupuk kesedaran agar orang ramai akan terus menyokong pekerja perkhidmatan penting kerana mereka bekerja keras di baris depan. Kerja pembersihan dipertingkat semasa pandemik ini."
- Anggota Parlimen (AP) gerakan buruh, Encik Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >