Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: 4 dalam 5 warga Singapura tidak bersedia hadapi serangan pengganas

Sep 24, 2017 | 02:31 PM



WARGA Singapura masih belum bersedia untuk menghadapi serangan pengganas. 



Tinjauan akhbar The Sunday Times mendapati bahawa sekitar empat dalam lima rakyat Singapura berasa tidak bersedia jika berlakunya serangan pengganas. 



Lebih 70 peratus akui tidak memiliki kemahiran menyelamatkan nyawa, termasuk untuk memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan bantuan kecemasan. 



Hari ini genap setahun selepas pergerakan nasional SGSecure, yang bertujuan untuk menyeru semua rakyat Singapura bersama-sama memerangi keganasan, dilancarkan.

 

Tahun lalu, pihak berkuasa telah menganjurkan beberapa Hari Kesediaan Kecemasan masyarakat, ceramah dan juga pameran.

 

Pegawai Home Team juga telah mengunjungi 220,000 rumah dan lebih 160 sekolah. 



Aplikasi mudah alih, yang membolehkan orang ramai menerima amaran penting atau menghantar maklumat kepada pihak berkuasa menerusi teks, gambar atau video, juga dilancarkan sempena kempen tersebut. 



Bagaimanapun, tinjauan tersebut terhadap 250 warga Singapura berusia 13 hingga 81 tahun mendapati hanya 14 peratus sudahpun memuat turun aplikasi SGSecure-ini konsisten dengan jumlah 843,000 muat turun aplikasi kepada alat mudah alih yang diumumkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Tinjauan itu juga mendapati bahawa hanya 50 peratus responden tahu menggunakan alat pemadam api, 30 peratus berkata bahawa mereka dilatih dalam bantuan kecemasan dan sekitar 22 peratus disahkan untuk mengendalikan CPR dan alat defibrilator luaran automatik (AED). 



Jumlah responden yang mengetahui nombor untuk menghantar SMS dalam keadaan kecemasan (71999) jika mereka tidak dapat menghubungi pihak berkuasa juga amat sedikit.



Namun begitu, publisiti mengenai apa yang harus dilakukan jika ternampak barangan atau orang yang mencurigakan agak berhasil. 



Lebih 90 peratus responden berkata bahawa mereka harus memberitahu kakitangan perkhidmatan atau pihak berkuasa. 



MHA berkata bahawa SGSecure telah mencapai “momentum yang baik” namun lebih banyak usaha perlu diteruskan untuk mengekalkannya. 



Kementerian itu berkata ia akan meningkatkan usaha di kawasan kejiranan, sekolah dan tempat kerja, dengan tumpuan untuk memperkukuhkan respons rakyat dalam krisis. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >