Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: 41% pekerja di SG sanggup lepaskan bonus lebih besar untuk bekerja dari rumah

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



SETELAH bekerja dari rumah selama hampir dua tahun, sebanyak 41 peratus daripada pekerja di Singapura sanggup melepaskan bonus lebih besar untuk bekerja dari rumah, menurut satu tinjauan oleh agensi penyelesaian sumber manusia, Randstad.



Ia berkemungkinan besar disebabkan pelbagai faedah yang pekerja raih semasa bekerja dari rumah, seperti menjimatkan masa dan wang daripada berulang-alik, mempunyai lebih banyak masa peribadi dan produktiviti yang lebih tinggi, kata Cik Jaya Dass, pengarah urusan Singapura dan Malaysia di Randstad.



Dalam kalangan responden, sekurang-kurangnya 80 peratus menerima kenaikan gaji pada 2022, dan 9 peratus daripada pekerja tersebut menerima kenaikan gaji yang melebihi 20 peratus.



Separuh daripada responden juga berkata mereka akan menerima bonus pada 2022, dengan 43 peratus daripada kumpulan ini menjangkakan pembayaran bonus secara purata satu hingga tiga bulan, tidak termasuk bonus bulan ke-13.



Ini dibandingkan dengan tinjauan Randstad 2019, yang dijalankan sebelum penularan Covid-19, yang mendapati bahawa 83 peratus responden menjangkakan bonus pada tahun itu.



Daripada kumpulan ini, 69 peratus responden juga menjangkakan pembayaran bonus secara purata satu hingga dua bulan.



Tinjauan Gaji dan Jangkaan Bonus 2022 Randstad dijalankan melalui dalam talian dari 7 hingga 14 Feb dan mengumpulkan maklum balas daripada 300 pekerja di Singapura.



Keputusan tinjauan itu yang diumumkan semalam, bertujuan menonjolkan bagaimana majikan memberi ganjaran kepada pekerja mereka setahun selepas pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19, kata agensi itu.



Daripada responden yang mengatakan mereka akan menerima bonus, satu daripada empat percaya bahawa mereka akan menerima bonus kurang daripada sebulan, manakala 12 peratus daripada responden berkata mereka akan mendapat bonus tujuh bulan atau lebih.



Sebanyak 65 peratus daripada pekerja yang menjangkakan bonus juga berkongsi bahawa mereka berpuas hati mahu kekal bersama syarikat mereka selama enam bulan akan datang.



Cik Dass memberi pendapat bahawa majikan mesti bersedia berkongsi keuntungan bagi mengekalkan pekerja yang dihargai di tengah-tengah "peletakan jawatan yang hebat ini atau peringkat perombakan hebat pandemik".



"Bakat dan kemahiran dalam pasaran yang tidak mempunyai banyak calon ini mempunyai kuasa perundingan yang kuat dengan meminta gaji lebih tinggi dan berkemungkinan mencari majikan baru jika majikan mereka sekarang tidak dapat memenuhi jangkaan mereka," katanya.



Beliau juga percaya bahawa penting bagi majikan menyesuaikan dasar kerja dan skim faedah demi memenuhi jangkaan pekerja dan calon yang sering berubah.



Mengingati pilihan pekerja mahu bekerja di luar pejabat, Cik Dass berkata:



"Majikan yang berhasrat menjadikan kerja hibrid sebagai ciri tetap untuk pekerja mereka selepas wabak ini, juga harus mula melancarkan dasar secepat mungkin bagi mengekalkan tenaga kerja mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >